Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki hilang di Gunung Singai, SAR belum ada petunjuk

-

BAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di Gunung Singai di sini sejak tiga hari lepas diteruskan hari ini selepas mangsa masih gagal ditemui sehingga operasi ditangguhk­an pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Ebby Hirwandy Sarbini berkata, pencarian mangsa sehingga tengah hari semalam meliputi kawasan seluas lima kilometer persegi.

Bagaimanap­un, pasukan penyelamat masih gagal menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan pendaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Stanley Kho.

“Pendakian kira-kira dua ribu kaki selama dua jam hari ini (semalam) turut melibatkan pelbagai pihak termasuk kumpulan pendaki bebas, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika ditemui pemberita.

SAR dilancarka­n sebaik sahaja laporan dibuat oleh rakan mangsa pada petang Isnin lepas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa mula mendaki gunung tersebut seorang diri pada jam 8.30 pagi Isnin dan kali terakhir berhubung melalui telefon bimbitnya pada jam 10.05 pagi.

“Seorang rakan mangsa yang risau selepas mangsa gagal dihubungi kemudian mengajak tiga lagi rakannya untuk bersama-sama mencari mangsa di gunung tersebut dari jam 4 petang, namun menemui jalan buntu dan terus menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat yang terlibat dalam SAR tersebut.
ANGGOTA penyelamat yang terlibat dalam SAR tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia