Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

-

GEDONG: Kerajaan Sarawak akan membantu membina semula rumah Sari Mohd Ghani, 46 di Kampung Lalang Hilir di sini, yang musnah dalam kebakaran pada Isnin lepas.

Perkara itu dinyatakan Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Datuk Mohd Naroden Majais ketika melawat keluarga mangsa semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gedong berkata bagi tujuan itu RM20,000 diperuntuk­kan.

“Kos Pembinaan semula rumahSarid­alamlingku­ngan RM20,000 dan Insya-Allah dijangka siap dalam tempoh sebulan.

“Ini adalah inisiatif saya sebagai wakil rakyat dan Kerajaan Sarawak dalam usaha meringanka­n beban rakyat yang ditimpa malapetaka atau tidak memiliki rumah,” katanya.

Menteri Muda E-Dagang itu menambah, bantuan sama telah diberikan kepada penduduk di kawasan DUN Gedong yang memerlukan bantuan rumah.

Beliau berkata setiap rumah yang dibina mempunyai keluasan 20 kaki persegi dan dilengkapi dua bilik tidur, tandas, dapur dan ruang tamu.

Pada masa sama beliau menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Sari dan jirannya, Zulkifli Jeli yang rumahnya yang mengalami sedikit kerosakan akibat kebakaran itu.

Rumah Sari musnah 100 peratus dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.43 pagi dan ketika kejadian dia tinggal seorang diri.

Dia bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri sebaik menyedari rumahnya terbakar.

 ??  ?? NARODEN (dua kiri) berbual dengan Sari (tiga kiri) semasa melihat keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin lepas.
NARODEN (dua kiri) berbual dengan Sari (tiga kiri) semasa melihat keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia