Utusan Borneo (Sabah)

Dana RM5 juta diperlukan

Untuk projek menanam jagung berskala besar, secara komersial di Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Penanaman jagung berskala besardanko­mersialdij­angka mampu memberikan pulangan yang tinggi dan meningkatk­an taraf sosioekono­mi para petani terutamany­a di Sarawak, kata Anggota Lembaga Koperasi Rumpun Impiana Daro Berhad Ahmad Ebon. Bagi merealisas­ikan perkara tersebut, satu dana khas dipohon daripada kerajaan sebanyak RM5 juta sebagai permulaan untuk projek menanam jagung berskala besar dan secara komersial di negeri itu. “Satu kertas kerja telah dimajukan kepada Timbalan Menteri Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan Dr Mohd Hatta Md Ramli semasa satu perjumpaan dengan beliau semalam (19 Sept) dan beliau berjanji akan membawa perkara ini kepada pihak atasan. “Dana ini diharap dapat dijadikan sebagai modal permulaan yang akan disalurkan kepada penanam jagung dan pada masa sama untuk pelaksanaa­n bengkel, kursus serta khidmat nasihat kepada mereka,” katanya selepas mengunjung­i Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang di Wisma Bernama di sini, semalam. Kata Ahmad lagi, jagung merupakan tanaman jangka pendek di mana hasilnya dapat dituai dalam sekitar 90 hari dan dapat memberikan pulangan lumayan kerana adanya permintaan yang tinggi. “Selain untuk pasaran tempatan, kita menyasarka­n untuk memasuki pasaran di China kerana hasil daripada kajian mendapati terdapat permintaan tinggi dari negara tersebut. “Sebagai permulaan, projek tanaman jagung akan dimulakan di sekitar kawasan Parlimen Igan dan Tanjung Manis sebelum diluaskan ke seluruh Sarawak ini,” katanya lagi. Jelas beliau, terdapat kira-kira 6,000 petani di sekitar kawasan parlimen tersebut yang berminat untuk menyertai projek tanaman jagung itu. Pihaknya juga bercadang untuk mendekati kira-kira 400 koperasi yang kurang aktif di negeri Sarawak untuk bekerjasam­a membangunk­an projek tersebut. Malaysia mengimport jagung bernilai RM3.9 billion setahun manakala Sarawak mengimport RM217 juta pada tempoh sama. Sementara itu, Azman yang mengalu-alukan kedatangan mereka untuk melihat sendiri bagaimana Bernama beroperasi, berkata Bernama akan membuat terbaik sebagai pembekal berita utama dan juga sebagai jambatan berita yang menghubung­kan Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia