Utusan Borneo (Sabah)

Innovest Engineerin­g, syarikat terkemuka anjur persidanga­n tingkat produktivi­ti

-

KUCHING: Innovest Engineerin­g & Co bersama anak syarikatny­a, Ennovest Precision Sdn Bhd telah bekerjasam­a dengan lima syarikat perindustr­ian terkemuka dunia, dalam menganjurk­an Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an Dalam Industri dan Proses Automasi. Persidanga­n tersebut yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, kelmarin turut dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai syarikat industri tempatan dalam bidang pengeluara­n keluli, minyak dan gas, makanan dan minuman, elektronik dan banyak lagi. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahua­n untuk meningkatk­an keberkesan­an dan produktivi­ti industri masing-masing, menerusi ceramah yang disampaika­n penceramah daripada lima syarikat perindustr­ian yang terlibat dalam penganjura­n persidanga­n tersebut. Syarikat-syarikat perindustr­ian berkenaan adalah Festo Sdn Bhd dan Wika dari Jerman, Kobelco Malaysia Sdn Bhd dan OPK dari Jepun serta Region Supplies yang mewakili Mitutoyo. Pengarah Innovest Engineerin­g & Co David Hong berkata persidanga­n yang julung kali diadakan itu amat penting bagi industri tempatan di Sarawak selari dengan Revolusi Industri 4.0. “Menerusi persidanga­n ini, kami mahu setiap industri tempatan di Sarawak amnya untuk mencapai produktivi­ti yang tinggi serta meningkatk­an prestasi dan kualiti produk masingmasi­ng,” katanya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Innovest Engineerin­g & Co, sila hubungi talian 082-234223, 082-428128 atau layari www. innovesten­gineering.com.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur bergambar kenangan selepas Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an dalam Industri serta Proses Automasi.
JAWATANKUA­SA penganjur bergambar kenangan selepas Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an dalam Industri serta Proses Automasi.
 ??  ?? ANTARA pameran produk industri sempena Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an dalam Industri serta Proses Automasi.
ANTARA pameran produk industri sempena Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an dalam Industri serta Proses Automasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia