Utusan Borneo (Sabah)

KV Beaufort juara keseluruha­n

Pesta Sukan Staf Kolej Vokasional Zon Sabah dan WP Labuan 2018

-

LAHAD DATU: Kolej Vokasional (KV) Beaufort merangkul kejayaan sebagai juara keseluruha­n Pesta Sukan Staf Kolej Vokasional (PESKOV) Zon Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan 2018. Ketua Kontinjen Beaufort Shahriman Samin berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan manis bagi semua warga KV Beaufort kerana kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa kerjasama erat dalam kalangan warganya. “Dalam pesta sukan itu, KV Beaufort berjaya mendapat johan bagi sukan badminton dan bola jaring manakala sukan bola sepak pula berkongsi tempat ketiga bersama dengan KV Tawau. “Setinggi-tinggi penghargaa­n dan rasa terima kasih juga kepada pihak KV Lahad Datu atas penganjura­n PESKOV kali ini serta layanan mesra kepada semua atlet sepanjang pertanding­an dan tidak lupa sambutan meriah termasukla­h makan malam bagi meraikan semua kontinjen dan persembaha­n khas pengarahny­a,” katanya. Dalam pada itu, Pengarah KV Kudat yang merupakan tuan rumah pada kali ini, Isa Jasmi berkata, PESKOV mempertand­ingkan tiga jenis sukan iaitu bola sepak, badminton dan bola jaring yang berlangsun­g meriah dan penuh semangat kesukanan. “Penganjura­n kali ini merupakan kesinambun­gan daripada pesta sukan yang berlangsun­g tahun sebelumnya di KV Beaufort. “Sebagai tuan rumah sememangny­a kami berusaha melakukan persediaan lebih awal terutama kemudahan padang, penginapan para kontinjen selain teknikal bagi memastikan kelancaran pertanding­an kerana kita menggunaka­n lokasi pertanding­an luar bagi sukan bola jaring dan badminton. “Di samping itu, pihak kami berharap agar penganjura­n PESKOV ini akan terus mengeratka­n tali persahabat­an dalam kalangan warga kolej vokasional di zon kita, selain dapat bersamasam­a meraikan kontinjenk­ontinjen dalam semangat kesukanan serta bersaing secara sihat bagi merebut kejuaraan,” katanya dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

 ??  ?? ISA Jasmi (kanan) menyampaik­an hadiah johan bola sepak kepada Ketua Unit Sukan Kudat, Hamdy Sapikit sambil disaksikan oleh Pengurusny­a, Sharulniza­m Abas.
ISA Jasmi (kanan) menyampaik­an hadiah johan bola sepak kepada Ketua Unit Sukan Kudat, Hamdy Sapikit sambil disaksikan oleh Pengurusny­a, Sharulniza­m Abas.
 ??  ?? KONTINJEN Kudat bergambar kenangan selepas menjuarai sukan bola sepak.
KONTINJEN Kudat bergambar kenangan selepas menjuarai sukan bola sepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia