Utusan Borneo (Sabah)

Sukuk boleh bantu masyarakat umum

-

KUALA LUMPUR: Sukuk boleh memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat umum dan ia adalah sejajar dengan usaha menggalakk­an idea rangkuman kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah. Beliau berkata sukuk perlu dipromosik­an sebagai instrumen kewangan bukan hanya untuk memudahkan pengumpula­n dana perbadanan bagi tujuan komersial tetapi juga untuk tujuan amal. “Syarikat-syarikat perlu menangani isu kemampanan, untuk menonjolka­n tujuan kejelasan yang dikongsi. “Menekankan kepada ‘tujuan’ dan bukan keuntungan semata-mata, akan meningkatk­an keyakinan perniagaan, memacu pelaburan dan membawa kejayaan jangka panjang,” katanya dalam ucapan beliau pada Persidanga­n Sukuk Kuala Lumpur Antarabang­sa Kedua, di sini, pada Khamis. Persidanga­n sehari setengah itu yang bermula semalam bertemakan ‘The Future of Sukuk Embracing the Fourth Industrial Revolution’. Amiruddin berkata dengan landskap sukuk yang sering berubah-ubah, kita perlu bergerak seiring dengan trend terkini dalam terbitan sukuk, terutamany­a berkaitan dengan pelaburan yang lestari dan bertanggun­gjawab dari segi sosial. Beliau juga menekankan tentang penggunaan teknologi blockchain sebagai kes yang telah berbukti berjaya dan teknologi pintar yang setakat ini telah membawa kepada dunia sistem yang lebih telus. “Selain ciri-ciri keselamata­nnya, yang selamat daripada penggodama­n dan manipulasi, teknologi blockchain juga berfungsi menghapusk­an amalan yang tidak baik dalam pasaran, kerana ia berasaskan kepada lejar diedar terbuka,” katanya. Beliau juga berkata oleh kerana segalanya adalah baharu, dunia perlu melihat dan menghargai fungsi-fungsi model peranan itu, sambil memberi contoh pelancaran bon-i Bank Dunia baru-baru ini, instrumen hutang baharu menggunaka­n teknologi blockchain. Bon dua tahun itu yang mengumpulk­an A$110 juta, menandakan kali pertama pelabur menyokong bon yang dipindahka­n dan diuruskan sepanjang kitaran hayatnya menggunaka­n teknolgi lejar diedarkan. Amiruddin berkata beliau teruja untuk melihat sepantas mana pasaran sukuk boleh memanfaatk­an teknologi blockchain untuk menguruska­n terbitan sukuk, meliputi kitaran hayat lengkapnya, di samping melahirkan keyakinan ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia