Utusan Borneo (Sabah)

SC umum liberalisa­si rangka kerja bagi pelaburan runcit dalam pasaran bon, sukuk

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) mengumumka­n liberalisa­si rangka kerja pengawalse­liaan untuk memudahkan akses runcit yang lebih besar kepada pasaran bon dan sukuk Malaysia bernilai RM1.3 trilion. Liberalisa­si itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk membangunk­an lagi pasaran tersebut, yang kini merupakan ketiga terbesar di Asia dan pasaran sukuk terbesar di dunia. “Rangka kerja liberalisa­si itu akan membolehka­n proses terbitan bon korporat dan sukuk yang lebih cekap untuk ditawarkan kepada pelabur runcit,” katanya dalam kenyataan kelmarin. Menurut SC, penerbit yang layak tidak perlu lagi membuat pendedahan melalui prospektus, dan hanya perlu mengeluark­an lembaran maklumat produk. Pelbagai bon korporat dan sukuk yang boleh ditawarkan kepada pelabur runcit turut diperluask­an selain daripada bon biasa. Selain itu, SC memperkena­lkan rangka kerja baharu yang membolehka­n pelabur runcit mengakses bon korporat dan sukuk sedia ada yang kini diniagakan oleh pelabur sofistikat­ed dalam pasaran atas kaunter (OTC). Di bawah rangka kerja ini, bon korporat dan sukuk yang layak untuk pelaburan runcit perlu berada dalam pasaran sekurang-kurangnya 12 bulan, dan mempunyai penarafan kredit minimum A, antara lain keperluann­ya. Sejajar dengan langkah ini, SC berkata pengedar bon korporat dan sukuk dalam pasaran OTC dikehendak­i mematuhi amalan jualan yang ditetapkan oleh SC, seperti keperluan untuk menjalanka­n penilaian penyertaan pelanggan dan memastikan layanan yang saksama terhadap pelabur. Rangka kerja liberalisa­si untuk pelabur runcit disokong oleh platform maklumat berpusat dalam talian, Bond + Sukuk Informatio­n Exchange Malaysia (BIX Malaysia), yang ditubuhkan oleh SC pada November 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia