Utusan Borneo (Sabah)

FELDA senarai kaedah penyusunan semula bagi pemulihan: Pengerusi

Sasar kurangkan hutangnya kepada RM6.5 bilion menjelang akhir tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA), dengan ahli lembaga pengarah baharu, telah menyenarai­kan beberapa kaedah penyusunan semula bagi pemulihan dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Pengerusin­ya Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Beliau berkata kaedahkaed­ah itu termasukla­h penstruktu­ran semula pinjaman bank dan mendapatka­n saluran hayat tambahan bagi pembayaran serta melupuskan aset syarikat dalam dan luar negara. “Kita ada aset di London, iaitu penginapan asrama, pangsapuri dan hotel, selain hotel di Kuching dan Kota Kinabalu dengan beberapa tanah di kawasan tertentu,” katanya kepada pemberita pada taklimat media khas di sini, semalam. Menurut Megat Zaharuddin, aset-aset tersebut yang bernilai antara RM2.1 bilion dan RM2.2 bllion, akan digunakan untuk membayar hutang agensi kerajaan itu yang berjumlah RM8 bilion. Beliau berkata FELDA menyasar mengurangk­an hutangnya kepada RM6.5 bilion menjelang akhir tahun ini daripada RM8.025 bilion ketika ini menerusi penjualan aset dan dan merancang menjualnya pada harga yang tinggi. Pengerusi yang baru dilantik itu juga berkata selepas mengambil alih pentadbira­n syarikat sejak tujuh minggu lepas beliau mendapati satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi FELDA adalah paras aliran tunai yang hampir habis akibat daripada pinjaman yang diambil dari bank. “Masalah aliran tunai yang lemah itu juga disebabkan oleh harga minyak sawit yang rendah. Syarikat akan menyerahka­n satu kertas putih kepada kerajaan untuk dibentangk­an di persidanga­n parlimen akan datang. “Ia akan menangani pelbagai isu dalam FELDA, termasuk perancanga­n dan tadbir urus yang lemah serta penyelewen­gan,” kata Megat Zaharuddin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEGAT Zaharuddin (dua kiri) bersalaman dengan Ab Ghani (dua kanan) pada sidang media bersama Pengerusi FELDA di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MEGAT Zaharuddin (dua kiri) bersalaman dengan Ab Ghani (dua kanan) pada sidang media bersama Pengerusi FELDA di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia