Utusan Borneo (Sabah)

UOBAM Malaysia lancarkan dana ekuiti pasaran baharu muncul

-

UOB A s set Mana g e m e n t( Malaysia) B h d (UOBAM Malaysia) melancarka­nDana Ekuiti Pasaran Baharu Muncul bagi memanfaatk­an pertumbuha­n jangka panjang pasaran baharu muncul global. Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Suet Ling, berkata melalui dana berkenaan, pelabur akan mendapat pendedahan kepada syarikat cemerlang yang akan mendapat faedah daripada aliran ekonomi makro di pasaran baharu muncul. “Satu daripada aliran berkenaan adalah kekayaan yang semakin meningkat di pasaran baharu muncul, di dorong sebahagian­nya oleh tenaga kerja yang lebih muda dan lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Katanya, dana berkenaan memberikan peningkata­n modal jangka panjang kepada pelabur dengan melabur sekurang-kurangnya 90 peratus daripada nilai aset bersihnya dalam UBS (Lux) Equity SICAV – Global Emerging Markets Opportunit­y (Dana Sasaran) yang mana adalah portfolio tertumpu terdiri daripada 25 hingga 30 saham terbaik yang dipilih pengurus danadaripa­dasektorya­ngdapat meraih manfaat daripada aliran pertumbuha­n jangka panjang pasaran baharu muncul. Limmenamba­h,memandangk­an portfolio saham yang tertumpu dan tempoh pelaburan selamalima­tahun,danainises­uai untuk pelabur berpengeta­huan yang mempunyai profil risiko tinggi dan tempoh pelaburan jangka panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia