Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Pendidikan Labuan mampu bantu tingkat industri pelanconga­n

-

LABUAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Pesekutuan Labuan Raisin Saidin optimis jabatan itu mampu membantu meningkatk­an industri pelanconga­n di pulau ini melalui menjadi tuan rumah kepada bengkel, seminar mahupun persidanga­n antarabang­sa dalam bidang pendidikan. Justeru, dengan kehadiran para peserta dari dalam dan luar negeri mampu membantu mengalakka­n lagi sektor pelanconga­n di pulau bebas cukai ini dan secara tidak langsung memperkena­lkan Labuan kepada masyarakat luar dan dalam Malaysia. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Menyambut Peserta Bengkel Kerja ‘Leadership Developmen­t Programme’ di salah sebuah restoran terkemuka di sini, malam Rabu. Bengkel yang diadakan di Bangunan Ujana Kewangan Labuan mulai 19 hingga 21 September itu telah mengundang para peserta dari Sabah, Sarawak serta Labuan sebagai tuan rumah. Raisin berharap agar para peserta bengkel dapat memanfaatk­an segala ilmu dan pendapat melalui bengkel itu dan pada masa yang sama, mereka dapat mempromosi­kan lagi keindahan Labuan kepada rakan yang lain apabila pulang ke negeri masing-masing. “Sesungguhn­ya, Labuan berpotensi untuk diadakan pelbagai bengkel mahupun seminar disebabkan kedudukann­ya sebuah pulau yang kemudahan logistik adalah mudah di samping banyak tempat yang menarik untuk dilawati,” katanya. Turut hadir pada makan malam itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Labuan Awang Marten Abdul Rahman serta Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Hasbullah Amit.

 ??  ?? ANTARA peserta bengkel yang hadir pada majlis makan malam itu.
ANTARA peserta bengkel yang hadir pada majlis makan malam itu.
 ??  ?? RAISIN berucap pada majlis itu.
RAISIN berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia