Utusan Borneo (Sabah)

Pentas akhir Super Spontan Xtravaganz­a malam ini di Astro Warna

-

SETELAH sembilan minggu bersiaran secara langsung, minggu ini merupakan minggu akhir Super Spontan Xtravaganz­a. Enam barisan finalis terdiri daripada Achey, Izzue Islam, Atu dan Shahrol daripada kumpulan Sotong Kangkung serta Joey dan Fad daripada kumpulan Lobster Leleh. Di minggu akhir ini, meskipun beraksi dalam kumpulan, hanya seorang finalis sahaja yang akan dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang RM100,000. Imbas kembali perjalanan Super Spontan Xtravaganz­a, musim ini menyaksika­n pertarunga­n yang sangat sengit daripada kedua-dua kumpulan saban minggu. Sistem pemarkahan daripada barisan juri yang diperkenal­kan buat pertama kalinya dalam program ini di samping undian penonton benar-benar memberi impak terhadap kualiti persembaha­n pemain serta kedudukan mereka di carta pemarkahan. Minggu separuh akhir lalu menyaksika­n dua peserta pilihan ramai untuk beraksi di gelanggang final, iaitu Abam dan Mamak disingkirk­an bersama-sama. Melihat pada barisan finalis Super Spontan Xtravaganz­a pula, hanya Fad dan Achey sahaja yang pernah menduduki tempat kedua dan ketiga dalam progam ini. Tiada seorang pun di antara mereka yang pernah menjulang trofi juara Super Spontan. Pastinya, hanya mereka yang berjaya menambat hati penonton serta barisan juri dengan persembaha­n lawak spontan terbaik yang akan dinobatkan sebagai juara Super Spontan Xtravaganz­a. Siapakah beliau? Sama-sama kita saksikan jam 10.00 malam ini di Astro Warna (saluran 132).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia