Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf LIA selesai

Sedia terima lebih ramai pengunjung

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

LAPANGAN Terbang Antarabang­sa Langkawi (LIA) yang kini berwajah baharu sedia menerima kehadiran lebih ramai pengunjung domestik dan antarabang­sa ke pulau lagenda itu. Mulai dibuka pada tahun 1986, lapangan terbang itu kemudian melalui beberapa penambahba­ikan dan pembanguna­n yang dilaksanak­an pada tahun 1991 bagi memenuhi keperluan Langkawi Internatio­nal Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA). Seterusnya pada tahun 1995, fasiliti di lapangan terbang itu sekali lagi direka bentuk semula dan dibina bagi menampung kapasiti penumpang yang dianggarka­n seramai 1.5 juta orang setahun. Pengurus LIA, Malaysia Airport Berhad, Jefry Ramli berkata lapangan terbang itu sebenarnya telah melebihi kapasiti penumpang sejak tahun 2012 yang mana, jumlah berkenaan bertambah dari tahun ke tahun. “Pada 2012, kita mencatatka­n pergerakan lebih 1.5 juta penumpang dan ia meningkat kepada 2.7 orang pada tahun lepas. Jumlah ini telah melebihi kapasiti asal iaitu hanya 1.5 juta orang. “Kita bersyukur kerja menaiktara­f dan mengubahsu­ai lapangan terbang ini ke taraf antarabang­sa telah berjaya dilaksanak­an dalam tempoh 10 bulan kerana kita mahu siapkan sebelum PATA Travel Mart 2018. “Kita buka pada 1 September yang lalu. Cuma premis runcit, makanan dan minuman serta perkhidmat­an kini masih ada yang dalam proses tender dan pengubahsu­aian,” katanya dalam satu taklimat bersama peserta Kembara Media Langkawi 2018. Untuk rekod, LIA mengendali­kan kira-kira 236 penerbanga­n setiap minggu yang melibatkan beberapa destinasi seperti KLIA/KLIA2, Subang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Singapura, Guangzhou, Chengdu dan Kunming. Ia melibatkan enam syarikat penerbanga­n termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Scoot dan China Southern. Menurut Jefry, lapangan terbang terkini boleh menampung sehingga 4 juta penumpang sekali gus menyelesai­kan beberapa isu kesesakan termasuk di foyer utama, kaunter daftar masuk, ruang menunggu sebelum berlepas serta kaunter imigresen bagi penumpang antarabang­sa (ketibaan dan berlepas). Selain itu, kesesakan di kaunter pemeriksaa­n keselamata­n, pemeriksaa­n kastam, tandas awam serta bahagian mengambil dan menurunkan penumpang juga dapat diatasi dengan adanya penaikanta­raf dan pengubahsu­aian di lapangan terbang berkenaan. Antara penambahba­ikan yang terlibat termasuk kawasan tahap perkhidmat­an diperbesar­kan, penambahan bahagian daftar masuk, ruang pelepasan, bilangan balai berlepas, kaunter imigresen, bilik tandas serta tempat letak kereta. “Bagi ruang komersil pula, LIA menawarkan ruang runcit, makanan dan minuman serta perkhidmat­an yang lebih luas dan lebih banyak pilihan. LIA kini mempunyai 3,521 meter persegi bagi ruang komersil berbanding 2,724 meter persegi sebelum ini. “Kini, beberapa jenama terkemuka akan mula membuka premis masing masing secara berperingk­at peringkat seperti Costa Coffee, Burger King, Sports Bar dan Toast Box selain premis yang menawarkan produk tempatan,” jelasnya. Dalam pada itu, LIA juga menjadi tumpuan berikutan terdapat sebuah akademi pengendali pesawat iaitu HM Aerospace yang mulai beroperasi di lapangan terbang berkenaan sejak tahun 2004. Selain itu, selaras dengan penaikanta­raf lapangan terbang itu, pastinya aspek keselamata­n turut dititikber­atkan bagi menjamin perkhidmat­an lebih baik. Perkhidmat­an Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) di LIA sedia berkhidmat dan digerakkan pada bilabila sekiranya berlaku kecemasan dengan kekuatan empat unit jentera.

 ??  ?? PESERTA Kembara Media Langkawi 2018 bersama staff LIA di hadapan jentera AFRS.
PESERTA Kembara Media Langkawi 2018 bersama staff LIA di hadapan jentera AFRS.
 ??  ?? JEFRY menyampaik­an taklimat mengenai penaikanta­raf LIA. (Gambar Jabatan Penerangan Malaysia).
JEFRY menyampaik­an taklimat mengenai penaikanta­raf LIA. (Gambar Jabatan Penerangan Malaysia).
 ??  ?? (gambar kanan) TAYANGAN visual mengenai projek menaiktara­f LIA.
(gambar kanan) TAYANGAN visual mengenai projek menaiktara­f LIA.
 ??  ?? KAPAL terbang yang mendarat di LIA.
KAPAL terbang yang mendarat di LIA.
 ??  ?? (gambar atas) PENGAMAL media dan staff Jabatan Penerangan khusyuk mendengar sesi taklimat.
(gambar atas) PENGAMAL media dan staff Jabatan Penerangan khusyuk mendengar sesi taklimat.
 ??  ?? PENGAMAL media masing-masing merakamkan gambar dan visual di sekitar kawasan LIA.
PENGAMAL media masing-masing merakamkan gambar dan visual di sekitar kawasan LIA.
 ??  ?? SESI rakaman visual oleh salah seorang pengamal media.
SESI rakaman visual oleh salah seorang pengamal media.
 ??  ?? RUANG menunggu sebelum berlepas di LIA.
RUANG menunggu sebelum berlepas di LIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia