Utusan Borneo (Sabah)

Sabah atasi pencapaian SUKMA Sarawak

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah tambah enam pingat emas, tujuh perak dan tujuh gangsa untuk keseluruha­n 26 pingat emas, 26 perak dan 42 gangsa pada SUKMA XIX Perak kelmarin. Jumlah tersebut mengatasi pencapaian 25 emas Sabah pada SUKMA ke-18 Sarawak 2016. Pencapaian sehingga Khamis itu meletakkan Sabah di tangga kelapan dikalangan 15 pasukan tetapi masih jauh dari sasaran 40 pingat emas ketika saingan berbaki dua hari. Pemenang pingat emas pada Khamis adalah Jellson Jabilin (terjunplat­form),NurulTasha Amira Abdul Rahman (muay 42-45kg), Nurul Hafizah Jederion (silat 70-75kg Kelas F wanita), Syahzharou­l Aiman (perahu layar Optimist), 4x400m lelaki (Riksi Tahir, Shahrimien Saimoh, Zaidie Khani Kanisius, Tonga Jody Edmund) dan Hollymax Bell (renang 100m kuak kupukupu). Pemenang pingat perak pula ialah Benedick Ian Gawok (110m lari berpagar), Mohd Alif Mohd Razi (merejam lembing lelaki), Vireen Teo (Muay 51-54kg wanita), Nur AisahRose Ramlee (perahu layar Laser 4.7 wanita), Nor Naeilah Nor Hassan (perahu layar Laser Radial wanita), Caroline Joachim (angkat berat 90kg wanita c&j) dan Yvonne Yap (silat 55-60kg Kelas C wanita) Pingat gangsa pula dimenangi Beckham Buing (merejam lembing), Karmentina Nadia Quadra (100m lari berpagar wanita), Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (200m wanita), 4. 4x400m wanita (Chelsea, Sharifah Aisyah Mohamad, Puteri Nur Safirah Gajali, Camellia Jasten), Nur Ain Nadzmi/Nurfazriya­nti Jali (terjun 3m papan anjal seirama), Caroline Joachim (angkat berat 90kg wanita snatch) dan 4x200m renang wanita (Cheng Ka Man, Wong Hsiao Thang, Chu Xin Ying, Loo Yie Bing).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia