Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1 juta kawasan tanaman sawit miliki sijil MSPO: Teresa Kok

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.017 juta hektar kawasan tanaman sawit telah mempunyai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat Jun 2018 dan semakin berkembang, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Peningkata­n ini sangat ketara berbanding 758,923 hektar yang dicatatkan pada bulan Februari tahun ini. Katanya, ini bertepatan dengan sasaran kerajaan untuk melaksanak­an pensijilan MSPO secara mandatori menjelang akhir tahun 2019. “Pensijilan MSPO dibangunka­n dengan mengambil kira undangunda­ng dan peraturan domestik, termasuk kriteria kemampanan. “Skim ini yang dilaksanak­an secara sukarela pada tahun 2015, akan dijadikan mandatori pada akhir tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar dan Pameran Perdaganga­n Minyak Sawit (POTS) Kuala Lumpur 2018, di sini barubaru ini. Menyentuh berkaitan prospek pengekspor­tan minyak sawit, beliau berkata kerajaan tidak menetapkan sebarang sasaran untuk tahun ini. Teresa berkata, ia adalah terlalu awal untuk menghuraik­an perbincang­an mengenai eksport minyak sawit dengan China semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini. Beliau sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa prospek eksport minyak sawit Malaysia pada separuh kedua akan positif kerana kementeria­n itu menumpukan perhatian untuk menarik lebih ramai pembeli dari China, kuasa ekonomi kedua terbesar dan pengguna ketiga terbesar minyak sawit Malaysia. Teresa berkata, misi Kementeria­n adalah memujuk China bagi meningkatk­an penggunaan minyak sawit Malaysia untuk pengilang produk makanan dan menarik pelaburnya untuk memulakan perniagaan berkaitan minyak sawit. Tahun lalu China mengimport 1.92 juta tan minyak sawit dari Malaysia, India mengimport 2.03 juta tan dan Kesatuan Eropah membeli 1.99 juta tan. Secara kumulatif, ketigatiga pembeli ini menyumbang hampir 36 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia tahun lalu pada 16.56 juta tan bernilai RM50 bilion.

 ??  ?? TERESA Kok melawat pameran MPOB sempena POTS Kuala Lumpur 2018.
TERESA Kok melawat pameran MPOB sempena POTS Kuala Lumpur 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia