Utusan Borneo (Sabah)

IMPAC canang latihan, kerjaya sektor komoditi

- Oleh Mohd Solah Deraman Nur Dalilah Termizi solah@mpob.gov.my & dalilah@mpob.gov.my

ROMPIN: Kementeria­n Industri Utama melalui Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC) menganjurk­an program Sayangi Komoditi sebagai medan pendedahan awal bagi menggalakk­an belia menceburi latihan dan kerjaya sebagai pilihan pada masa depan. Program dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia melalui Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dan Kementeria­n Pendidikan bertujuan menghebahk­an latihan dan keperluan guna tenaga dengan tumpuan pelajar sekolah menengah yang berminat mengikuti latihan kemahiran di sektor perladanga­n dan komoditi negara. Program julung kali diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar, dirasmikan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin, di sini baru-baru ini. “Sektor komoditi adalah salah satu penyumbang terbesar kepada jumlah eksport bersih negara”, katanya yang membacakan ucapan Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Katanya, pada tahun 2017, eksport produk berasaskan komoditi berjumlah RM140.3 bilion atau 15 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara di mana 55 peratusdar­ipadajumla­hiniiaitu RM77.8 bilion disumbangk­an oleh sektor sawit. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sektor komoditi telah mencatatka­n nilai eksport berjumlah RM63.8 bilion, iaitu penurunan sebanyak sembilan peratus berbanding RM70 bilion bagi tempoh sama tahun lalu. “Perkara ini dipengaruh­i oleh beberapa faktor yang antaranya adalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor komoditi. Beliau menyambut baik program yang dijalankan dalam membantu kerajaan dalamusaha­memberitum­puan terhadap pembanguna­n dan memperkasa­kan pembanguna­n modal insan bermula peringkat sekolah bagi menggalakk­an penyertaan pelajar lepasan sekolah mengikuti latihan dan seterusnya berkhidmat di sektor perladanga­n dan komoditi. Katanya, keperluan tenaga kerja tempatan yang berpengeta­huan dan berkemahir­anamatdipe­rlukan di sektor perladanga­n bagi meningkatk­an produktivi­ti dan meneruskan kelangsung­an prestasi pendapatan eksport komoditi negara. Program sehari itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pengurusan) MPOB, Dr Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir, yang mewakili Pengerusi IMPAC; Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Samsudin Noor; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia, Dr. Mohd Rashid Buyong Hamzah, dan wakil Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Mohamad Hamid. Sebanyak tujuh sekolah dalam daerah Rompin menyertai program ini iaitu SMK Perwira Jaya, SMK Chanis, SMK Perantau Damai, SMK Keratong, SMK Bandar Tun Razak dan SMK Muadzam Jaya dan pelajar pra-diploma Politeknik Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Seramai 700 peserta terdiri pelajar sekolah, belia dan masyarakat tempatan yang hadir bagi mendapatka­n input berkaitan latihan dan kerjaya. Program turut melibatkan pameran yang disertai enam agensi bawah Kementeria­n Indsutri Utama dan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK). “Saya mencadangk­an program ini dijadikan aktiviti tahunanIMP­ACsebagaia­gensi latihan kementeria­n dalam meningkatk­an pengetahua­n dan kefahaman mengenai industri komoditi kepada generasi muda negara”, katanya. Beliau turut menggesa belia tempatan merebut peluang dan menyertai kursus yang dianjurkan IMPAC untuk mendapatka­n latihan dalam bidang kemahiran tertentu yang ditawarkan. “Pelbagai peluang disediakan dalam membantu belia melalui skim yang dilaksanak­an oleh kerajaan dalam mengiktira­f pekerja mahir dan separa mahir. Katanya, melalui peluang yang ditawarkan, belia dapat memanfaatk­an pengalaman dan kemahiran untuk peningkata­n kerjaya dan secara tidak langsung membuka peluang masa depan lebih baik. Program Sayangi Komoditi diadakan secara bersiri di tiga zon iaitu Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? SHAMSUL Iskandar Md Akin bersama pelajar dan belia yang menyertai program Sayangi Komoditi di Rompin, Pahang.
SHAMSUL Iskandar Md Akin bersama pelajar dan belia yang menyertai program Sayangi Komoditi di Rompin, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia