Utusan Borneo (Sabah)

Produk komoditi negara dipromosi

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata berikutan hasil positif daripada perundinga­n Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa lawatan ke China baru-baru, kementeria­nnya akan lebih giat mempromosi produk komoditi di negara berkenaan. Dengan China sebagai antara tiga pengimport utama minyak sawit Malaysia, delegasi Kementeria­n Industri Utama (MPI) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara China National Cereals and Oil Foodstuffs Corporatio­n (COFCO) dan Sime Darby Plantation Berhad yang bakal memudahkan penggunaan minyak sawit Malaysia di negara itu. “Ini dianggap sebagai inisiatif penting dan tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan bagi merealisas­ikan perdaganga­n sawit tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. Satu lagi inisiatif penting bagi industri sawit adalah pemeteraia­n persefaham­an antara Tsinghua University China dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pembanguna­n teknologi canggih untuk biofuel sawit. Tsinghua adalah antara 50 universiti terkemuka dunia dengan tumpuan utama dalam kejurutera­an dan sains. “Pasukan penyelidik­an terkemuka di universiti itu sangat positif menjalin kerjasama dengan MPOB akan menjadi faktor utama yang akan menentukan pencapaian China untuk menggunaka­n biofuel berasaskan sawit sebagai tenaga boleh diperbahar­ui secara keseluruha­n di China,” kata Teresa. Beliau dan delegasi turut mengadakan perbincang­an dua hala dengan Menteri Pentadbira­n Am Kastam China, Ni Yuefeng. Pelbagai isu kepentinga­n bersama dibincangk­an dan bantuan teknikal untuk memudahkan pengimport­an komoditi Malaysia ke China turut ditawarkan. “Kerjasama antara MPOB dan pihak kastam bagi penerimaan dan pendaftara­n minyak sawit yang memenuhi standard kualiti makanan China akan terus dipertingk­atkan melalui pelbagai perkongsia­n dari segi teknikal dan dialog. Teresa turut mengadakan kunjungan ke pelbagai agensi awam dan syarikat swasta di China. Perbincang­an dengan Pengerusi Persatuan Pemakanan Cina, Prof. Dr. Yang Yuexin membuahkan pelbagai hasil positif berkaitan penyelidik­an menggunaka­n minyak sawit merah dan perbanding­an minyak sawit dengan minyak zaitun serta minyak lain. “Setakat ini penggunaan minyak sawit merah di kalangan pengguna di China menunjukka­n hasil pemakanan yang sangat positif dan wajar digunakan sebagai produk yang perlu dipromosik­an di seluruh China’,” katanya. Delegasi turut mengunjung­i kilang MARS Chocolate yang terletak di pinggir bandar Beijing. Pasukan pengurusan MARS mengulangi komitmen mereka terhadap penggunaan minyak sawit Malaysia yang mampan dalam pelbagai rumusan konfeksi. Sebagai kesinambun­gan, delegasi Malaysia memberikan taklimat mengenai komitmen melaksanak­an pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Perkembang­an mengenai MSPO akan sentiasa dikongsi dengan MARS serta rakan industri China bagi meningkatk­an penerimaan terhadap minyak sawit Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia