Utusan Borneo (Sabah)

10 program sepanjang Oktober sempena hari jadi TYT

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 program akan diadakan sepanjang bulan Oktober sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin ke-65.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, acara utama adalah pada 6 Oktober yang melibatkan perbarisan kehormat di Padang Merdeka.

“Sambutan ini tidak banyak perubahan, ia akan disambut seperti mana sebelum ini, sebelah pagi ada perbarisan kehormat terhadap Tun di Padang Merdeka.

“Tengahari acara penyampaia­n bintang-bintang kebesaran negeri Sabah dan malam acara jamuan negeri,” katanya ditemui selepas kunjungan hormat Ahli Jawatankua­sa (AJK) Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) di Istana Negeri, di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk sambutan itu berkata, antara program diadakan sepanjang bulan itu termasuk berbasikal di Teluk Likas anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta acara bersama anak yatim di Tawau.

Katanya, jawatankua­sa penganjura­n akan memastikan segala perancanga­n berjalan lancar.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut mendoakan agar Juhar bersama Isteri Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni sentiasa dalam keadaan sihat.

“Saya juga mendoakan rakyat Sabah sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai serta sihat sentiasa,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus.

 ??  ?? JAUJAN (duduk, kiri) bersama Juhar (duduk, tengah) dan Ginun (duduk, kanan) bersama AJK penganjur merakamkan gambar kenangan.
JAUJAN (duduk, kiri) bersama Juhar (duduk, tengah) dan Ginun (duduk, kanan) bersama AJK penganjur merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia