Utusan Borneo (Sabah)

Seksual terhadap remaja 15 tahun, lelaki dibicara 14-16 Nov

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan tarikh 14 hingga 16 November ini bagi perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan seksual terhadap remaja berusia 15 tahun.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh berkenaan terhadap Hisham Mohamed Noor, 48, selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ketika pengurusan kes pada Khamis.

Mengikut pertuduhan kes, Hisham didakwa menyentuh payudara mangsa pada 17 Jun, jam 5 pagi di sebuah rumah di Putatan, di sini.

Untuk itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah seterusnya memerintah­kan tertuduh ditahan reman, sementara menunggu pelupusan kes dijalankan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia