Utusan Borneo (Sabah)

Dekati masyarakat, perluas peranan

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Ketua Pemuda Upko Ranau Jackson Musi menggesa para ahli jawatankua­sa (AJK) pergerakan lebih kerap turun padang dan melaksanak­an pelbagai program bagi mendekatka­n diri dengan masyarakat, sekali gus mencari ahli baharu.

Katanya, usaha itu bukan sahaja dapat merapatkan lagi hubungande­nganmasyar­akat malah dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk menjadi ahli baharu pergerakan itu.

Menurutnya, selain masyarakat setempat, pergerakan itu juga disaran untuk memperluas­kan peranannya termasuk mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan belia yang melibatkan golongan muda.

“Kita berharap dengan pendekatan ini, usaha untuk menambah keahlian Pemuda Upko di peringkat cawangan dan bahagian dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan mesyuarat pertama Pemuda Upko Ranau selepas menerajui pergerakan itu bagi Sesi 2018-2021, di sini pada Isnin.

Jackson juga mengingatk­an AJK pergerakan itu agar tidak leka dan sentiasa bekerja keras bagi membuktika­n pergerakan itu penting peranannya dalam usaha memperkuku­h dan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap Upko.

“Cabaran utama yang perlu digalas ialah membantu pucuk kepimpinan parti untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap Upko selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksika­n Upko keluar daripada Barisan Nasional (BN) seterusnya bersama-sama Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan baharu.

“Adalah menjadi peranan dan tanggungja­wab pergerakan Pemuda Upko sebagai sayap parti untuk memberi penjelasan kepada rakyat termasuk ahli parti di peringkat akar umbi berhubung tindakan Upko yang disifatkan sebagai pengkhiana­t terutama oleh pihak pembangkan­g.

“Pucuk kepimpinan Upko menerusiPe­mangkuPres­iden Datuk Seri Madius Tangau jelas menyatakan bahawa keputusan Upko untuk meninggalk­an BN seterusnya membentuk kerajaan campuran bersama Warisan dan Pakatan Harapan adalah disebabkan suara rakyat yang mahukan perubahan kerajaan,” jelasnya.

Beliau yakin keputusan Upko bekerjasam­a dengan Warisan dan PH sangat penting dan Upko masih berada pada landasan perjuangan asal untuk membela nasib rakyat.

 ??  ?? JACKSON (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian AJK Pemuda Upko Ranau selepas mesyuarat pertama pergerakan itu.
JACKSON (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian AJK Pemuda Upko Ranau selepas mesyuarat pertama pergerakan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia