Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut, kereta hilang kawalan dilanggar lori

Kereta dipandu dilanggar lori hilang kawalan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lelaki meninggal dunia selepas keret ayang dinaiki dilanggar lori yang hilang kawalan di Jalan Kionsom-Inanam di sini awal pagi Sabtu.

Mangsa Wempy Faizal, 22 disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian selepas kereta pacuan empat roda dilanggar jam 2.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berumur 26 tahun dalam perjalanan dari arah Kionsom menuju ke Inanam.

“Lori terbabit bagaimanap­un hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian sebelum melanggar sebuah kenderaan sebelum berpusing lalu melanggar kereta pacuan empat roda milik mangsa.

“Akibat pelanggara­n itu menyebabka­n mangsa meninggal dunia di lokasi manakala seorang

lagi penumpang warga Indonesia yang turut berada di dalam kenderaan itu

mengalami kecederaan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata panggilan kecemasan diterima jam 2.52 pagi dan seramai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit.

Katanya operasi ditamatkan jam 3.40 pagi.

“Akibat pelanggara­n itu menyebabka­n mangsa meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi penumpang warga Indonesia yang turut berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan ” selanjutny­a ASISTEN KOMISIONER HABIBI MAJINJI Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? ANGGOTA bomba semasa melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit.
ANGGOTA bomba semasa melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia