Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas rentung, rumah tidak kekal terbakar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Seorang warga emas wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah tidak kekal di Jalan Hup Seng Kampung Kitowo Pitas di sini, malam Jumaat.

Mangsa, Itang Kapuk, 77 ditemukan rentung semasa anggota bomba melakukan pemeriksaa­n di kawasan rumah kira-kira jam 10.58 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata kejadian yang berlaku jam 9.45 malam dipercayai berpunca akibat api lilin yang dinyalakan oleh anaknya berikutan rumah mangsa tiada bekalan elektrik.

“Anak mangsa berumur 59 tahun meninggalk­an rumah untuk ke dewan bagi menyambut hari lahir cucunya dan tidak lama kemudian anaknya melihat rumah terbakar.

“Mangsa bagaimanap­un tidak sempat diselamatk­an berikutan keadaan api yang sudah merebak hampir keseluruha­n kawasan rumah tambahan pula kenderaan bomba gagal masuk ke lokasi disebabkan jalan sempit selain keadaan tanah merah yang licin tidak berturap,” katanya.

Izaan berkata kes disiasat mengikut Kes Mati Mengejut.

Sementara itu Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Naim Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.31 malam dan menggegask­an enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba dan kira-kira sejam kemudian kebakaran berjaya dikawal.

“Kebakaran memusnahka­n rumah jenis tidak kekal seluas 16X20 kaki persegi dan seorang warga emas wanita ditemukan rentung dalam kejadian ini,” katanya sambil menambah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Menurutnya operasi ditamatkan jam 12.10 malam Sabtu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaa­n di lokasi penemuan mayat mangsa yang rentung.
ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaa­n di lokasi penemuan mayat mangsa yang rentung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia