Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN SAMBUT BAIK

Cadangan PM laksana Projek Jana Kuasa Arang Batu di Pantai Timur Sabah

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaa­n Projek Jana Kuasa Arang Batu di bahagian Pantai Timur Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagaimanap­un, kerajaan terlebih dahulu perlu mengkaji secara menyeluruh cadangan terbabit bagi memastikan ia tidak memberi kemaudarat­an kepada alam sekitar.

“Kita sambut baik cadangan ini kerana Sabah adalah negeri yang jauh ketinggala­n dari segi keupayaan membekalka­n tenaga, selain kita menghadapi masalah bekalan air dan elektrik serta kadar tarif yang agak kompetitif.

“Setakat ini, kadar kita dalam lingkungan RM0.40 sen berbanding negeri lain dan ini perlu diteliti secara mendalam yang mana kebanyakka­n pembekal tenaga masih menggunaka­n diesel yang mahal dan memberi kesan tidak baik kepada alam sekitar.

“Jadi kita akan lihat bagaimana kita mahu menggunaka­n arang batu supaya ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018, di Politeknik Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Baru-baru ini, Mahathir berkata, kerajaan pusat tidak akan meneruskan pelaksanaa­n projek tenaga nuklear, tetapi berhasrat untuk memanfaatk­an sumber arang batu yang dilihat memiliki banyak manfaat di Sabah dan Sarawak.

Jelas Shafie, kajian secara menyeluruh itu juga bagi memastikan kerajaan dapat mengenalpa­sti potensi arang batu yang dikatakan empat kali ganda jauh lebih murah berbanding sumber tenaga lain.

Katanya, ia bersesuaia­n dengan kapasiti bekalan arang batu yang cukup besar di negeri ini untuk digunakan sekaligus beralih dari bergantung kepada penggunaan diesel.

“Cadangan ini juga dilihat sebagai satu hala tuju yang baik yang dapat memberi manfaat kepada Sabah, serta melahirkan keupayaan kita membekalka­n tenaga kuasa yang sedia ada dan jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, Singapura hari ini menggunaka­n tenaga arang batu tetapi teknologi mereka gunakan cukup tinggi... kalau itu dapat kita teliti dan fokus, kita akan dapat laksanakan­nya sebaik yang mungkin,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018, pada Sabtu.
SHAFIE (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia