Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu maut, kereta dipandu laju langgar belakang treler

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Seorang pemandu maut selepas kereta yang dinaiki merempuh bahagian belakang lori treler di Jalan KimanisKen­ingau awal pagi Sabtu.

Mangsa Yong Fui Kee@ Kenny, Pengerusi Persatuan Hakka Tenom dan Persatuan Bola Keranjang Tenom, Timbalan Presiden Tenom Chinese Chamber of Commerce dan Persatuan Longchuan Tenom serta komiti Persatuan Longchuan Sabah.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Batholomew Umpit berkata kejadian berlaku jam 5.20 pagi.

“Siasatan awal kejadian mendapati mangsa bersama tiga lagi penumpang lain dalam perjalanan menuju ke Keningau dari arah Papar.

“Mangsa dipercayai memandu dalam keadaan laju dan semasa melalui satu selekoh berbukit, mangsa gagal memperlaha­nkan kenderaan sebelum merempuh bahagian belakang lori treler di laluan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata impak kemalangan menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

“Tiga lagi penumpang yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutny­a.

“Pemandu treler bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II Zainal Ali berkata operasi mengeluark­an mangsa tersepit dilakukan seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan BBP Papar.

Katanya pasukan EMRS turut berada di lokasi kejadian bagi memberikan rawatan awal kepada mangsa cedera sebelum menghantar mangsa ke hospital.-

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN di lokasi kejadian selepas kemalangan. Gambar kecil, mangsa.
KEADAAN di lokasi kejadian selepas kemalangan. Gambar kecil, mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia