Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sabah mahu tarik lebih ramai pelabur: Madius

-

KENINGAU: Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah mengambil langkah proaktif untuk menarik lebih banyak pelabur luar ke negeri ini, kata menterinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata langkah tersebut bertujuan menawarkan kerjasama dengan syarikatsy­arikat yang sudah beroperasi di negeri ini dalam pelbagai bidang.

“Tumpuan kita ialah kepada aktiviti hiliran daripada sumber-sumber asli, sama ada kelapa sawit, halia, bambu dan pelbagai produk pertanian yang lain di negeri ini,” katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Beliau berkata untuk kawasan Keningau, kementeria­nnya telah mengenalpa­sti beberapa syarikat yang terlibat dalam aktiviti hiliran yang berpotensi untuk program kolabrasi dengan pelabur luar. “Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah memberi galakan bagi memperting­katkan keupayaan syarikat berkenaan.

“Kita pastikan kualiti terjamin, kita beri latihan, persijilan dan dari segi bekalan bahan mentah tidak terputus. Penyertaan daripada masyarakat setempat juga turut memainkan peranan yang harus diambil kira,” katanya.

Sehubungan itu, Madius mengajak masyarakat di daerah itu, supaya mengembele­ng tenaga untuk bersama-sama memberi sokongan dan mendapat menafaat daripada industri hiliran yang ada di situ.

“Rakyat di peringkat akar umbi khususnya bangsa Momogun (orang asal) perlu sensetif dan kreatif untuk bersaing dengan bangsabang­sa yang sudah maju ke hadapan dalam menghadapi era globalisas­i yang semakin mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia