Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing ditahan bersama bot nelayan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Dua buah bot jenis jongkong yang berdaftar atas lesen perikanan ditahan oleh Kapal Maritim Tebrau (KM Tebrau) ketika menjalanka­n rondaan Ops Pluto Timur di perairan Sandakan petang Jumaat.

Pemeriksaa­n ke atas bot pertama mendapati tarikh sah lesen bot telah tamat tempoh. Tekong warganegar­a Indonesia berumur 31 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri manakala seorang awak-awak berumur 18 tahun disyaki warganegar­a Indonesia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaa­n ke atas bot kedua mendapati seorang tekong warganegar­a Indonesia berumur 55 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri, sementara seorang awak-awak berumur 47 tahun disyaki warganegar­a Filipina memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid berkata, hasil soal siasat mendapati awak-awak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri bukan pekerja kepada bot nelayan itu tetapi hanya menumpang untuk memancing di kawasan bagang.

“Kedua-dua buah bot diarahkan majikan yang sama untuk mengambil ikan bilis di bagang tetapi tekong telah menumpangk­an orang lain dipercayai dari Pulau Berhala untuk naik ke bot dengan tujuan memancing ikan di kawasan bagang.

“Kesemua mereka ditahan dan bot diiringi ke Jeti Zon Maritim sandakan untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002,” katanya dalam satu kenyataan di Sandakan.

Beliau juga menasihatk­an orang ramai agar segera menyalurka­n sebarang aduan salah laku jenayah atau kecemasan di laut dengan menghubung­i terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.

 ??  ?? SALAH sebuah bot jenis jongkong yang ditahan berikutan lesen tamat tempoh.
SALAH sebuah bot jenis jongkong yang ditahan berikutan lesen tamat tempoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia