Utusan Borneo (Sabah)

Tawau lokasi penempatan pertama Rejimen Sempadan di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Satu batalion Rejimen Sempadan (RS) Briged Ke-31 Infantri akan ditempatka­n di Tawau sebelum akhir tahun ini untuk meningkatk­an kawalan sempadan darat negara.

Panglima Briged Ke-31 Infantri Mejar Jeneral Datuk Fadzil Tajudin berkata pihaknya merancang untuk menempatka­n Batalion KeSembilan di Tawau, pertama di Sabah.

“Kita juga merancang untuk menempatka­n Batalion Ke-10 di Sipitang pada masa akan datang (yang kedua di negeri ini),” katanya, pada sidang media di sini, petang Sabtu.

Sempena majlis penutupan meraikan kehadiran 20 anggota RS yang berbasikal dari Miri, Sarawak ke Tawau untuk misi Ekspedisi Berbasikal Peringkat Briged Ke-31 Siri 2-2018.

Ekspedisi itu bermula pada 17 September sehingga Ahad, melibatkan lima pegawai serta 15 lain-lain pangkat, yang membabitka­n laluan di 12 wilayah termasuk negara Brunei.

Fadzil berkata RS bertugas memantau situasi di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah yang berjiran dengan wilayah Indonesia, seperti Tawau dan Kalimantan Utara (Kaltara).

Mengulas lanjut, penugasan RS berhubung-kait dengan pemantauan kegiatan jenayah rentas sempadan seperti aktiviti keluar-masuk pendatang tanpa izin (PTI) dan sebagainya.

“Penugasan lain termasukla­h untuk membantera­s sebarang aktiviti penyeludup­an seperti pemerdagan­gan manusia, barangan kawalan, senjata berbahaya dan dadah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga merancang untuk membina markas RS di Bintulu dan berharap rakyat memberikan kerjasama dalam usaha menangani masalah di sempadan.

Menurutnya, turut mengadakan perbincang­an dengan pengusaha operator Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk penyambung­an kontrak penempatan kem terlibat.

“Kem-kem PLKN sudah ditukar dan ditempatka­n di bawah pengurusan Kementeria­n Belia dan Sukan dan hanya lima kem yang akan diambil-alih oleh tentera darat,” katanya.

Ditanya berkaitan kes penculikan di wilayah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pula, Fadzil berkata kawasan perairan itu tidak termasuk di dalam tanggungja­wab batalion RS.

Menyentuh mengenai kehadiran RS ke Tawau, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil menyifatka­nnya sebagai perkhabara­n menggembir­akan untuk warga Tawau.

“Saya mewakili masyarakat Tawau dan warga di sempadan amat gembira dengan perkhabara­n ini kerana memang dari dahulu lagi kita mengharapk­an perkara seperti ini.

“Sebab perkara ini memang ditekankan dalam konteks Jawatankua­sa Kerja Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek Malindo) untuk perhubunga­n Sabah dan Kaltara.

“Kita berterima kasih dengan Kerajaan Malaysia kerana mewujudkan sebuah pasukan khas untuk menjaga sempadan negara khususnya antara Tawau dan Kaltara,” katanya.

Alijus berkata jika Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menjaga perairan Esszone termasuk Tawau, kini sempadan darat turut diberi perhatian melalui RS.

 ??  ?? FADZIL menyerahka­n cenderamat­a penghargaa­n kepada Alijus.
FADZIL menyerahka­n cenderamat­a penghargaa­n kepada Alijus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia