Utusan Borneo (Sabah)

Calon SK Lubok Temiang sudah bersedia hadapi UPSR 2018

-

LABUAN: Seramai 89 orang calon Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 24, 25, 26 dan 27 September ini.

Penolong Kanan Pentadbira­n, Ros lan Moh a mad berharap semua calon tersebut sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.

Beliau yang mewakili Guru Besar SK Lubok Temiang, Awat @ Cally Moguring mahu murid Tahun Enam itu memberikan perhatian yang serius terhadap peperiksaa­n tersebut.

Tambahnya, pelbagai program pendidikan termasuk kelas tambahan telah diadakan sejak awal tahun lagi bagi membantu murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2018.

“Guru-guru Tahun Enam sudah melaksanak­an pelbagai program kecemerlan­gan akademik bagi membantu calon mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2018,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat anjuran PIBG SK Lubok Temiang di Masjid Al-Muzakirull­ah, Kampung Lubok Temiang, malam Khamis lalu.

Turut hadir Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SK Lubok Temiang Mohd Dzulfaizal Ab Manan, Pengerusi Masjid Jakiah Awang dan Ketua Imam Jamian Ngadi.

Majlis itu dianjurkan Panitia Agama Islam dengan kerjasama Unit Kurikulum, Unit Bimbingan Kaunseling, PIBG dan Masjid AlMuzakiru­llah Kampung Lubok Temiang.

Bacaan Yasin diketuai oleh Imam Masjid Ustaz Syahnon Haji Othman manakala tazkirah disampaika­n Ustaz Md Farhanuddi­n Md Yusof.

Ustaz Mohd Rozman Omar pula mengetuai Solat Hajat.

Sementara itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustaz Mohd Nazri Datuk Haji Abdul Rahman merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua pihak yang menjayakan program tahunan itu.

Katanya, kesungguha­n AJK Masjid untuk membantu melancarka­n program itu amat dihargai bukan sahaja oleh pihak sekolah tetapi juga calon yang akan mengambil UPSR mulai Isnin ini.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada guruguru, ibu bapa dan jemaah masjid yang mengimarah­kan program Solat Hajat SK Lubok Temiang 2018. Semoga kehadiran dan sokongan penduduk kampung itu akan memberi manfaat kepada anak-anak,”katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Lubok Temiang, Mohd Dzulfaizal Ab Manan mahu ibu bapa memastikan anak-anak mereka bersedia lebih awal untuk datang ke sekolah sepanjang UPSR itu diadakan.

Katanya, pihak sekolah sudah melaksanak­an tanggungja­wab mereka sejak Januari lalu dan kini menjadi tugas ibu bapa pula membantu anak menghadapi peperiksaa­n.

“Ibu bapa mesti tahu anak mereka akan menduduki UPSR pada tahun ini. Justeru itu, mereka sewajarnya menyediaka­n kelengkapa­n yang sesuai termasuk membawa kad pengenalan dan alat tulis mulai Isnin ini,”katanya.

 ??  ?? ROSLAN (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jakiah sambih diperhatik­an Mohd Dzulfaizal (tiga kanan) dan Nordin (tiga kiri).
ROSLAN (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jakiah sambih diperhatik­an Mohd Dzulfaizal (tiga kanan) dan Nordin (tiga kiri).
 ??  ?? CALON UPSR perempuan sudah bersedia hadapi UPSR minggu hadapan.
CALON UPSR perempuan sudah bersedia hadapi UPSR minggu hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia