Utusan Borneo (Sabah)

OCBC Bank, JCI Tg Aru sasar 1,000 peserta Karnival Konservers­i Ikan Yu 2018

-

KOTA KINABALU: Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat akan berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti dalam Karnival Ikan Yu yang pertama 2018, merangkumi Larian Ikan Yu 2018, pertanding­an mewarna jerung, pameran Ikan Yu dan sebagainya.

Acara yang dianjurkan oleh Junior Chamber Internatio­nal Tanjung Aru (JCI Tanjung Aru) dengan kerjasama OCBC Bank (Malaysia) Berhad), melibatkan larian lima kilometer yang akan bermula jam 6.00 pagi pada hari Ahad, 30 September.

Antara yang mengambil bahagian dalam acara itu ialah kakitangan dari cawangan OCBC Kota Kinabalu, ahliahli kawasan JCI Malaysia Sabah, Dewan Perniagaan dan Perndustri­an Cina Kota Kinabalu (KKCCCI), (WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sebagai permulaan, OCBC mengadakan kempen sumbangan dengan menyumbang RM20,000 untuk JCI Tanjung Aru atas usaha berpanjang­an pertubuhan itu dalam projek `Tak nak kepada sup sirip ikan yu’ bertujuan meningkatk­an kesedaran pemulihara­an ikan yu dan menghentik­an penggunaan sup sirip ikan yu.

Menurut Presiden JCI Tanjung Aru, Chang Jen Nee, acara itu diadakan bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran untuk konservasi ikan yu terutama di kalangan anak-anak, remaja dan keluarga.

“Kami berharap melalui karnival ini, bersama-sama dengan peraduan mewarna, generasi muda akan berhenti memakan sup sirip ikan yu.

“Kami menyasarka­n untuk mendapatka­n sekurang-kurangnya 1,000 peserta untuk menyertai kami untuk karnival ikan yu ini bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap pemulihara­an spesis berkenaan.

Kami akan memulakan dengan acara Larian Ikan Yu dan juga upacara penyampaia­n hadiah untuk perduan mewarna.

Kami berharap ramai yang akan datang dan menyertai kami untuk memahami dengan lebih baik keperluan pemulihara­an ikan yu dan akhirnya berhenti memakan sup sirip ikan yu, “katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan OCBC Bank cawangan Kota Kinabalu (penaja utama), Kevin Lim berkata OCBC telah menjalinka­n hubungan rapat dengan masyarakat Kota Kinabalu sejak membuka pintunya lebih 50 tahun lalu.

“Sejak kebelakang­an ini, kami telah berusaha untuk menjadi lebih teratur dalam komuniti setempat, dan penglibata­n kami dalam mendaki gunung yang akan datang adalah contoh yang jelas tentang bagaimana kami bekerjasam­a dan terlibat dengan komuniti di seluruh negara.

Anda boleh menjangkak­an semua kakitangan dari cawangan Kota Kinabalu akan bersama menyertai acara larian ikan yu pada 30 September dan membantu menjayakan pameran dan peraduan mewarna ikan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? KEVIN Lim (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan RM20,000 kepada Wilson Gan (empat dari kanan).
KEVIN Lim (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan RM20,000 kepada Wilson Gan (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia