Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan moral kepada anak

SK Sembirai diharap penyumbang keputusan GPD UPSR

-

KOTA BELU D: S K Sembir a i diharapkan menjadi penyumbang terbesar ke arah pencapaian keputusan cemerlang GPD (Gred Purata Daerah) UPSR tahun ini berdasarka­n jumlah calon yang menduduki peperiksaa­n di sekolah itu, iaitu 68 orang.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Ishak Haji Mohd Yusof berkata, untuk mencapai ke arah matlamat itu, guru-guru di semua sekolah termasuk di SK Sembirai telah menjalanka­n program RTS (Road To Success) untuk melonjakka­n prestasi pelajar di sekolah masing-masing.

“RTS dijalankan selama sebulan, dan kita yakin guruguru telah memanipula­si data kemajuan pelajar bagi melonjakka­n prestasi murid di saat-saat akhir ini, seperti memberikan tips teknik menjawab soalan dan pecutan akhir.

“Kita mengharapk­an agar SK Sembirai mampu mencapai sekurang kurangnya 50 peratus lulus kerana ia amat memberi kesan kepada GPD kita,” jelasnya.

Ishak berkata demikian

“RTS dijalankan selama sebulan, dan kita yakin guru-guru telah memanipula­si data kemajuan pelajar bagi melonjakka­n prestasi murid di saat-saat akhir ini, seperti memberikan tips teknik menjawab soalan dan pecutan akhir. ” ISHAK HAJI MOHD YUSOF

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud

semasa menutup Program Kecemerlan­gan Tahun 6, Penghayata­n dan Restu Ilmu di surau sekolah, SK Sembirai, pada Khamis.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Guru Besar SK Sembirai Mudin Mohammad, Ketua Panitia PAI Norjannah Atoh, Guru Bimbingan dan Kaunseling Mohd Khaidir Harun dan Pengerusi PIBG SK Sembirai Ridi Tangoh.

Katanya, ibubapa perlu memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka yang terlibat dalam UPSR ini agar anak-anak mereka mampu memberi yang terbaik semasa duduk di bangku peperiksaa­n.

“Selain itu, ibubapa dinasihatk­an agar menyemak jadual peperiksaa­n yang dibekalkan oleh pihak sekolah untuk memastikan para pelajar hadir.

Seorang pelajar daripada 68 orang pelajar mempengaru­hi 3.2 peratus kehadiran kepada sekolah,” tegasnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Sembirai Mudin Mohammad menyasarka­n keputusan lulus yang lebih tinggi tahun ini melebihi keputusan UPSR tahun lepas iaitu hanya 34 calon daripada 78 calon UPSR yang lulus.

“Saya optimis untuk mencapai KPI untuk UPSR tahun ini, berdasarka­n rekod ujian pra yang diadakan pada penggal pertama tempoh hari, di mana 25 orang daripada calon telah lulus. Saya sangat yakin sasaran kita untuk 50 peratus kelulusan bakal dicapai.

“Walau bagaimanap­un, sistem UPSR kali ini menekankan supaya semua murid menguasai mata pelajaran, sekurangku­rangnya memperoleh­i Gred D. Tetapi setelah melihat senario yang ada, calon UPSR di SK Sembirai mampu melepasi sasaran sekolah,” jelasnya.

Sebagai rekod, seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR yang bermula 20 hingga 27 Septembar ini dan 8,100 pusat peperiksaa­n dibuka di seluruh negara melibatkan 54,254 petugas peperiksaa­n.

 ??  ?? PANITIA PAI mengambil kesempatan untuk bergambar sama dengan Penolong PPD Kota Belud, Ishak Hj Mohd Yusof (enam dari kiri) dan Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohammad (tengah).
PANITIA PAI mengambil kesempatan untuk bergambar sama dengan Penolong PPD Kota Belud, Ishak Hj Mohd Yusof (enam dari kiri) dan Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohammad (tengah).
 ??  ?? CALON-CALON UPSR SK Sembirai tekun mendengar ucapan Penolong PPD, Ishak Hj Mohd Yusof. Turut kelihatan ialah Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohammad (duduk dua dari kanan).
CALON-CALON UPSR SK Sembirai tekun mendengar ucapan Penolong PPD, Ishak Hj Mohd Yusof. Turut kelihatan ialah Guru Besar SK Sembirai, Mudin Mohammad (duduk dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia