Utusan Borneo (Sabah)

UMS kibar Jalur Gemilang, 14 bendera negeri di puncak Kinabalu

-

KUNDASANG: Seramai 15 peserta terdiri daripada pelajar baharu, kakitangan, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan strategik universiti itu menyemarak­kan sambutan Hari Malaysia melalui program Kibarkan Jalur Gemilang dan 14 bendera negeri di puncak Gunung Kinabalu pada Rabu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali berkata, program yang julung kalinya dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) itu bertujuan menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Selain sebagai salah satu cara menzahirka­n rasa ‘Sayangi Malaysiaku’, para pendaki ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta semangat yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Kinabalu sekali gus mengibarka­n Jalur Gemilang dan 14 bendera negeri di Malaysia.

“Dalam masa yang sama, program ini juga satu wadah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di antara pelbagai agensi yang terlibat yang mewujudkan interaksi serta perkongsia­n ilmu dalam kalangan para peserta pendakian kali ini,” katanya selepas menyempurn­akan pelepasan peserta di Timpohon Gate, Kinabalu Park.

Salah wakil rakan strategik UMS dari MASwings, Leslie Vitalis ketika ditemui media berkata ia merupakan pendakian pertama kali yang disertainy­a dan merasa teruja dan sangat bersemanga­t apatah lagi ia diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.

“Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada pihak UMS kerana menganjurk­an program yang amat bermanfaat khususnya dalam meningkatk­an kesedaran dan semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda hari ini,” katanya yang merupakan seorang pramugari.

Turut hadir pada program itu, Ketua Jabatan JHEP UMS Ahmadi Nurdin dan Pegawai Eksekutif Maswings Aminuddin Zakaria.

 ??  ?? ISMAIL (depan lima dari kanan) mengambil gambar kenangan bersama pendaki sebelum pelepasan.
ISMAIL (depan lima dari kanan) mengambil gambar kenangan bersama pendaki sebelum pelepasan.
 ??  ?? ANTARA peserta yang mendaki Gunung Kinabalu bagi mengibarka­n Jalur Gemilang dan 14 bendera negeri di puncak gunung. Turut kelihatan Leslie (depan, kanan).
ANTARA peserta yang mendaki Gunung Kinabalu bagi mengibarka­n Jalur Gemilang dan 14 bendera negeri di puncak gunung. Turut kelihatan Leslie (depan, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia