Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun muncul johan

Pertanding­an Kompang Selawat Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018

-

LABUAN: Kumpulan Al-Kauthar, Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun telah dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Kompang Selawat Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018.

Naib johan SK Pantai dengan dan ketiga SK Bukit Kalam.

Pasukan Kompang Selawat SK Sungai Bedaun dibimbing oleh Ustaz Sahrum Samlan, Ustaz Muhd Satalmizi Ismail dan Ustaz Mohd Azwan Saad.

Sementara semua ustazah SK Sungai Bedaun membantu dalam penyediaan lirik, pakaian dan makanan semasa latihan dijalankan.

Guru Besar SK Sungai Bedaun Dg Sarifah A Mahmod melahirkan rasa syukur atas kejayaan yang diperolehi oleh pasukan kompang sekolah itu.

“Kejayaan SK Sungai Bedaun adalah hasil komitmen semua guru di samping usaha gigih dan disiplin tinggi murid semasa menjalani latihan serta kerjasama padu daripada ibu bapa,” katanya.

Pertanding­an Kompang Selawat dan Seni Khat sempena Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri, Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 telah diadakan di Dewan Permata SK Sungai Bedaun pada Sabtu.

Sebanyak tujuh sekolah telah mengambil bahagian dalam pertanding­an Kompang Selawat manakala Pertanding­an Seni Khat disertai 19 sekolah (12 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah).

Sekolah-sekolah yang menyertai pertanding­an Kompang Selawat ialah SK Layang-Layangan, SK Tanjung Aru, SKK SK Rancha-Rancha, SK Membedai, SK Bukit Kalam, SK Pantai dan SK Sungai Bedaun yang masing-masing dianggotai oleh 12 murid.

SK Sungai Bedaun yang diamanahka­n untuk menjadi pengelola Pertanding­an Kompang Selawat dan Seni Khat telah membuat persiapan serta persediaan untuk memastikan pertanding­an berjalan lancar yang diketuai oleh Dg Sarifah.

Ketua Hakim Pertanding­an Kompang Selawat Ustaz Muhamad Solihin Sharipuddi­n telah memberi ulasan dan komentar untuk penambahba­ikan pada masa akan datang.

Antara ulasan beliau ialah dari aspek paluan perlu ada palu anyang lebih dinamik, merangkumi melalu, menyilang dan meningkah.

Bagi aspek formasi pula, persembaha­n agak kreatif dan boleh ditambah baik dengan menggunaka­n keseluruha­n ruang yang disediakan.

Aspek suara, sebutan lahjah Arab perlu diperbaiki manakala penulisan lirik boleh ditingkatk­an dengan menambah bahasa Arab dan Inggeris dalam lirik lagu kedua.

Dalam Pertanding­an Seni Khat Kategori Sekolah Rendah (Lelaki), juara menjadi milik peserta SK Membedai Danial Asyraaf M Fazurin, naib johan Muhammad Aqil Syahmi Mohamad Zaki dari SK Sungai Bedaun dan ketiga Ahmad Wafiq Mohd Redzuan yang mewakili SK Kerupang.

Sementara Pertanding­an Seni Khat Sekolah Rendah (Perempuan) johan dimenangi Shazleen Izzatul Akma Majeed dari SJKC Chi Wen, kedua Shabirah Rashidah Bahar dari SK Pantai dan ketiga Nurul ‘Aini Shahrizal dari SK Membedai.

Peserta dari SMK Pantai IBWS Sofwan Azimin muncul johan Pertanding­an Seni Khat Kategori Sekolah Menengah (Lelaki), naib johan Muhammad Khairi Mukhtar Abdul Jali dari SMK Labuan dan tempat ketiga Mohd Zahid Arsyad Mohd Syabir dari SMK Taman Perumahan Bedaun.

Bagi kategori Perempuan, johan disandang Nur Athikah Hamdan dari SMK Labuan, naib johan Nurhaziqah Irdina Hassan dari SM Sains Labuan dan tempat ketiga Nur Atiqah Colleng dari SMK Mutiara.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah Karnival Dakwah peringkat WP Labuan 2018 telah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusian Jabatan Pendidikan Labuan Asbola @ Hasbollah Amit, yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Ketua Unit Pendidikan Islam Ustaz Mohd Shahir Mohd Yusuf dan para guru besar.

Dalam ucapannya, Hasbollah mengucapka­n tahniah kepada tuan rumah SK Sungai Bedaun dan seluruh Jawatankua­sa Pelaksana yang bertungkus­lumus menjayakan Karnival Dakwah 2018 dengan meriah.

Beliau juga menyatakan kepentinga­n aktiviti kokurikulu­m untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Selain itu, pembelajar­an juga bukan sahaja berlaku di bilik darjah bahkan menerusi aktiviti kokurikulu­m.

“Kejayaan SK Sungai Bedaun adalah hasil komitmen semua guru di samping usaha gigih dan disiplin tinggi murid semasa menjalani latihan serta kerjasama padu daripada ibu bapa, ” DG SARIFAH A MAHMOD Guru Besar SK Sungai Bedaun

 ??  ?? DG SARIFAH (tengah), jurulatih dan guru-guru SK Sungai Bedaun bersama Kumpulan Al-Kauthar yang menjuarai Pertanding­an Kompang Selawat 2018.
DG SARIFAH (tengah), jurulatih dan guru-guru SK Sungai Bedaun bersama Kumpulan Al-Kauthar yang menjuarai Pertanding­an Kompang Selawat 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia