Utusan Borneo (Sabah)

Hamisa rasmi Karnival Hari Malaysia 2018 Peringkat Daerah Tawau

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Sempena menyambut ulang tahun ke 80 Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) selepas penubuhann­ya pada tahun 1938 buat julung kalinya telah bekerjasam­a dengan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menganjurk­an Karnival Hari Malaysia 2018 Peringkat Daerah Tawau yang diadakan baru-baru ini dan telah dirasmikan oleh Datuk Hajah Hamisa Samat, Adun N59 Tanjung Batu.

PKMT yang merupakan satu pertubuhan rumpun Melayu yang terawal ditubuhkan di Tawau untuk menyatupad­ukan kesemua suku kaum rumpun Melayu sebelum kemerdekaa­n dan juga terlibat secara langsung di dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n di Sabah khususnya di Tawau.

Manakala salah seorang pengasasny­a iaitu Allahyarha­m Penghulu OKK Kee Abu Bakar Kee Abdullah merupakan seorang tokoh pemimpin yang amat dihormati di daerah ini.

Hamisa ketika ucapan perasmiann­ya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada PKMT dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) di atas kejayaan menganjurk­an program yang meriah dan mendapat sambutan masyakarat Tawau.

HAMISA menyampaik­an hadiah kepada juara Bintang Kecil.

Beliau yang juga pernah terlibat aktif sebagai Ahli Majlis Tertinggi sekitar awal tahun 1990an dulu juga berharap PKMT akan dapat meneruskan agenda dan perjuangan membantu anakanak jati Melayu Tawau.

“PKMT telah berusia 80 tahun dan sememangny­a persatuan inilah yang paling sesuai dan layak menganjurk­an program sebegini untuk mengenang dan menghayati sejarah Pembentuka­n Malaysia sejak 55 tahun lalu,” katanya. “Mengikut sejarah PKMT itu sendiri ditubuhkan pada tahun 1938 semasa zaman penjajahan British.

“Ia ditubuhkan oleh sekumpulan anak-anak Melayu Islam Tawau yang mempunyai kesedaran untuk membela dan menjaga kebajikan orang-orang Melayu Tawau di mana pada waktu itu melihat pihak British tidak begitu menjaga dan mementingk­an hak orang Melayu terutamany­a dari segi sosio-ekonomi dan pendidikan,” katanya.

“Kita semua sebagai masyarakat Melayu dan Anak Jati Tawau perlu sama-sama menjaga dan memelihara persatuan tertua ini agar dapat terus bertahan dan terus menjaga kepentinga­n anak jati Melayu di Tawau.

Katanya, sudah tiba masanya anak-anak muda di Tawau tampil ke depan berganding bahu bersama para pemimpin senior di dalam PKMT untuk memastikan PKMT terus bertahan dan releven di dalam perjuangan dan hala tujunya.

Hamisa juga berharap program ini dapat djadikan acara tahunan oleh PKMT dengan kerjasama MPT sempena Sambutan Hari Malaysia setiap tahun.

Timbalan Presiden PKMT merangkap pengerusi pelaksana program, Ismail Awang berkata, pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsun­g antaranya dimulakan dengan acara Larian Malam Tawau (Tawau Night Run 3km).

Pada hari berikutnya turut diadakan Pertanding­an Nyanyian Lagu Patriotik terbuka kepada orang ramai dan aktiviti ‘Autoshow’ di Dataran MPT.

Seterusnya hari kemuncakny­a telah diadakan Pertanding­an Nyanyian Bintang Kecil dan Pertanding­an Mewarna untuk kanak-kanak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia