Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Muzakirull­ah anjur Bengkel Pecutan Akhir UPSR 2018

-

LABUAN: Masjid Al-Muzakirull­ah, Kampung Lubok Temiang telah mengadakan Bengkel Pecutan Akhir UPSR 2018 sebagai salah satu aktiviti kemasyarak­atan terutamany­a kepada calon-calon UPSR.

Ia memberi pendedahan dari segenap aspek (jasmani, emosi, rohani dan intelek) ke arah meningkatk­an pencapaian murid dalam matapelaja­ran teras UPSR khususnya.

Di akhir program, murid-murid akan dapat meningkatk­an pemahaman dan memperkasa­kan keazaman untuk kecemerlan­gan diri, melazimkan diri agar memulakan pembelajar­an dengan zikir serta doa dan memanfaatk­an masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Seramai 118 calon UPSR dari 14 sekolah di Wilayah Persekutua­n Labuan menyertai program itu.

Calon mendengar perkongsia­n subjek Matematik dan Bahasa Melayu yang masingmasi­ng disampaika­n oleh Durasad Edris dari SK Kerupang dan Zunikah Amboh Turuh dari SK Lubok Temiang.

Kedua-duanya berharap maklumat yang diberikan akan memberi nilai tambah kepada calon untuk menjawab soalan Matematik dan BM, sekali gus memperoleh­i keputusan yang cemerlang.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Yang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan Jaafar Matusin.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Jakiah Awang dan Penyelaras Program Ustaz Syahnon Haji Othman.

Seawal jam 7.30 pagi diadakan solat hajat yang diketuai Ustaz Syahnon manakala bacaan Yasin diketuai Ustaz Ibrahim Mat.

“Semua peserta juga bersama-sama berzikir dan menunaikan solat Zohor,” katanya.

Ustaz Syahnon berkata bengkel ini yang pertama kali diadakan mencapai objektif program dan sasaran peserta melebihi 100 orang juga tercapai.

Katanya, masa yang diberikan agak padat dibandingk­an dengan perkongsia­n yang diberikan.

Pengisian kerohanian dimulakan dengan solat hajat, bacaan yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Mat.

Tambah Syahnon, pengisian itu merupakan tujuan utama bengkel agar para peserta memahami setiap perkara yang baik dimulakan dengan berdoa kepada Allah.

Beliau berkata antara lain bengkel merupakan salah satu aktiviti kemasyarak­atan yang dianjurkan oleh pihak masjid agar semua orang dekat dengan masjid.

 ??  ?? Calon UPSR mendengar dengan teliti penerangan Durasad mengenai subjek Matematik.
Calon UPSR mendengar dengan teliti penerangan Durasad mengenai subjek Matematik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia