Utusan Borneo (Sabah)

Star Bingkor sampaikan bantuan kepada Rumah Kanak-kanak Bondulu

-

TAMBUNAN: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan memuji pemimpin dan ahli parti itu dari kawasan Bingkor yang begitu prihatin terhadap penghuni Rumah KanakKanak Bondulu Toboh di sini.

Katanya, tindakan seumpama itu perlu menjadi contoh kepada para pemimpin dan ahli politik terutama sekali Star dalam menyalurka­n bantuan kepada rumah kanak-kanak berkenaan.

“Sumbangan berupa barangan makanan yang dihantar oleh para pemimpin dan ahli parti ini diketuai oleh Ketua Bahagian Star Bingkor Robert Tawik amat bermakna sekali buat penghuni di rumah ini,” katanya selepas penyampaia­n bantuan oleh Robert kepada pengurusan rumah itu di sini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berharap agar lebih ramai lagi pemimpin parti itu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan sukarela dan kebajikan tampil membantu penghuni di rumah itu.

Katanya, sumbangan berupa barangan makanan amat bermakna kepada kanakkanak yang tinggal di rumah itu dan sekurang-kurangnya kedatangan mereka juga dapat menggembir­akan para penghuni walaupun hanya sekejap sahaja.

“Saya amat teruja dan berterima kasih kepada rombongan pemimpin serta ahli parti ini yang mengadakan lawatan amal sambil menyalurka­n sumbangan kepada Rumah Kanak-Kanak Bondulu dan usaha seumpama ini perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

“Saya percaya masih ramai golongan yang memerlukan bantuan seumpama ini terutama penduduk yang kurang berkemampu­an seperti warga tua, ibu tunggal yang ramai tanggungan dan orang kurang upaya,” katanya.

Jeffrey yang juga Adun Tambunan turut menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai kepada rumah berkenaan.

Sementara itu, Robert yang juga Adun Bingkor memberitah­u program itu adalah sebagai lawatan amal sambil menyampaik­an bantuan kepada rumah kanak-kanak itu.

 ??  ?? ROBERT menyampaik­an bantuan kepada Sister Doris. Turut kelihatan Jeffrey (kiri).
ROBERT menyampaik­an bantuan kepada Sister Doris. Turut kelihatan Jeffrey (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia