Utusan Borneo (Sabah)

Suntik 14: Diksi yang tepat, karya yang mempunyai rasa

- -Artikel sumbangan Rodiah Hj. Said

SEGALANYA tercetus di bulan syawal. Bulan meraih kemenangan. Perkumpula­n kami bertemu di sebuah lokasi bersejarah di Sembulan. Saya membayangk­annya seperti hari terang. Sebuah takdir turun perlahanla­han menuju ke benak kami. Ianya seperti gugusan cahaya yang muncul serentak ketika matahari tegak di atas kepala. Saat itulah muncul sebuah gagasan kecil setelah saling bertukar fikiran, di kalangan perkumpula­n yang berbeza karektor dan latar belakang.

Atas nawaitu tanggungja­wab sosial dalam mengimarah­kan sastera pada khalayak, maka

“Penulis Sabah gemar memilih diksi yang mudah difahami oleh pembaca. Sedangkan di dalam membina sebuah puisi yang bagus, pemilihan kata yang tepat dan berkesan penting untuk mengungkap­kan idea di dalam puisi. berkesan.” Indah dan JUILIS MOKUJAL Penilai puisi

suntik menjadi sebuah gerakan yang memikul sebuah amanah. Bahangnya mula membara dengan roh dan semangat daripada semua pihak terhadap program suntik. Ianya menjadi landasan dan pegangan kami untuk terus gigih menghadapi cabaran bersama.

Suntik 14 pada 8 September lalu, terus melebarkan sayapnya dengan mengundang Cikgu Juilis Mokujal seorang penyair kreatif dan guru cemerlang Bahasa Melayu. Dengan penuh semangat beliau memulakan sesi penilaian puisi sepanjang

bulan Ogos. “Puisi sepanjang Ogos bertemakan manusia dan kehidupan.” Katanya, kecenderun­gan ramai penulis Sabah memilih tema itu begitu ketara. Manakala selebihnya memilih politik, ketuhanan dan lain-lain.

Beliau turut menyatakan penulis Sabah gemar memilih diksi yang mudah difahami oleh pembaca. Sedangkan di dalam membina sebuah puisi yang bagus, pemilihan kata yang tepat dan berkesan penting untuk mengungkap­kan idea di dalam puisi. Indah dan berkesan.

Manakala beberapa puisi sepanjang Ogos membawa persoalan tentang kemerdekaa­n dan semangat patriotik. Beliau turut menyatakan penulis perlu memilih diksi yang tepat, tidak klise, segar ketika menghasilk­an karya dengan kepelbagai­an tema dan persoalan, agar karya tersebut dapat membijaksa­nakan penulis.

Seperti Puisi Terbaik Suntik 14. Sekali lagi penilai undangan mengangkat puisi bertemakan politik oleh Siba Nita As - “Jika Masih Bertengkar Pasti Banyak Yang Terkapar.” Puisi ini merakamkan harapan penyair kepada pemimpin agar menghentik­an perbalahan sesama sendiri. Bagi penulis, sikap tersebut mampu meninggalk­an kesan kepada generasi muda. Seperti beberapa bait puisi tersebut;

Segala-galanya sudahpun bertukar

Seumpama sebelum ini hutan rimba belukar Hati-hati mengelar Jika kita silap belayar Kiambang bakal tercalar Biduk hanyut ke sasar Hati-hati mendengar khabar

Sesi kedua disambung dengan penilaian cerpen oleh Faridah Abd Hamid. Seorang pengarang Sabah yang tidak asing lagi malah antara pengkritik sastera yang berpotensi jauh. Kemunculan beliau di dalam suntik memberi satu harapan segar kepada senario sastera di Sabah waktu ini.

“Karya yang memukau bermula dari awal sehinggala­h ke akhir cerita,” tukasnya. Beliau berpendapa­t di dalam menulik sebuah cerpen, penulis harus memiliki skill dan aturan yang baik. Tahu membina unsur teknikal di dalam karya. Baginya, karya harus punya rasa dan perlu dinikmati sepenuhnya oleh pembaca. Sebaliknya, beberapa cerpen yang terbit sepanjang Ogos ditulis dengan gaya sederhana. Ada yang begitu rajin berkarya tetapi masih belum mampu lari daripada takuk lama. Katanya, kerajinan menulis seharusnya melahirkan karya yang lebih baik. Penulis harus rajin menilai sendiri karyanya dari masa ke masa.

“Kesilapan eksperimen juga boleh membunuh penulis itu sendiri,” sambungnya lagi. Tanpa kemahiran teknikal mahupun kefahaman lebih mendalam tentang pengkaryaa­n, sebarang usaha untuk melahirkan karya luar biasa akan terlihat janggal. Beliau mengingatk­an agar penulis sentiasa berhati-hati dalam menghasilk­an karya seperti ini.

Beliau turut berpendapa­t, penulis harus menghindar­kan dari menulis sesuatu yang memenatkan pembaca. Panjang berjelajel­a. Apatah lagi dalam ruang sebuah cerita pendek, yang seharusnya padat dengan kata-kata yang tepat, disamping pemikiran dan idealisme yang mempesonak­an pembaca. Karya dinukil untuk dinikmati oleh pembaca bukan untuk dinikmati penulis itu sendiri. Pengkarya yang tulen baginya mampu mengekalka­n kematangan di dalam karya.

Beliau memilih Cerpen Terbaik Suntik 14 – Telefon Bimbit Mak Piah (Utusan Borneo) oleh Noraini Zakaria. Berbanding cerpen lain sepanjang Ogos, cerpen ini begitu menarik untuk dibaca. Gayabahasa teratur meski diolah dengan plot sederhana. Namun cerpen ini mampu mengumpan pembaca untuk terus membaca dari awal sehingga akhir. Pengarang bijak meninggalk­an persoalan pada akhir cerita, menyebabka­n pembaca teringin untuk mengetahui cerita selanjutny­a.

Acara diakhiri dengan penyampaia­n hadiah saguhati kepada penilai dan penerima Karya Terbaik Suntik oleh Pegawai penyelaras Suntik, Puan Kasima Salinri.

Sekali lagi kru Suntik mengucapka­n ribuan terima kasih kepada penilai undangan, pihak DBPCS, dan rakan-rakan penulis yang hadir memberi sokongan, serta yang menonton secara langsung melalui halaman Suntik di Facebook. Suntik 15 akan diadakan pada tarikh 20 Oktober 2018, di lokasi yang sama.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penulis yang menghadiri Program Suntik14 merakam gambar bersama Juilis (tiga kiri) dan Faridah (dua kiri).
SEBAHAGIAN penulis yang menghadiri Program Suntik14 merakam gambar bersama Juilis (tiga kiri) dan Faridah (dua kiri).
 ??  ?? KASIMA menyampaik­an cenderamat­a kepada Faridah.
KASIMA menyampaik­an cenderamat­a kepada Faridah.
 ??  ?? SIBA Nita menerima hadiah Puisi Terbaik Suntik14.
SIBA Nita menerima hadiah Puisi Terbaik Suntik14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia