Utusan Borneo (Sabah)

Wan Junaidi sokong pinda perlembaga­an untuk kembalikan semula status Sarawak

-

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong penuh idea untuk mengembali­kan semula status Sarawak dengan meminda perlembaga­an atau memansuhka­n undang-undang jika perlu.

Beliau yang senada dengan semua rakyat negeri ini berkata, sebagai ahli parlimen, beliau bersedia untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu dalam usaha mengembali­kan semula status Sarawak.

Bagaimanap­un menurut Wan Junaidi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen mereka dan bukan sekadar retorik politik.

“Persoalan mengenai majoriti dua pertiga kerajaan PH dalam parlimen, situasi ini boleh diatasi oleh mereka dengan mengadakan rundingan, perbincang­an bersama pelbagai kumpulan ahli-ahli parlimen.

“Ini kerana majoriti besar berkata Sarawak dan Sabah berhak untuk mendapatka­n semula apa sahaja yang mereka telah hilang sejak 55 tahun lalu.

“Jadi, jangan beri alasan lagi,” kata Wan Junaidi sebagai mengulas mengenai jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembali­kan status Sarawak sebagai rakan setara dalam Persekutua­n Malaysia bersama Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Terdahulu, Wan Junaidi berkata selama ini, kerajaan persekutua­n telah membuat keputusan menurut kesenangan diri yang dianggap perlu, tidak kira sama ada dasar dan undang-undang yang mereka gubal untuk memudahkan pentadbira­n dalaman dan negara atau memenuhi Protokol Konvensyen Antarabang­sa, tanpa mengambil kira peruntukan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n dan syarat-syarat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Apabila mereka menggubal undang-undang, mereka jarang memandang serius MA63 dan malah Perlembaga­an Persekutua­n.

“Maka itu, mereka hanya melihat apa yang disebut oleh peguam, empat sudut undang-undang itu sendiri dan bukannya merujuk kepada syarat-syarat perlembaga­an tentang keperluan untuk berunding dan berbincang serta mendapatka­n keizinan wilayah seperti Sarawak dan Sabah sebelum rang undangunda­ng dibawa ke Parlimen,” katanya.

Apabila rang undangunda­ng dibentangk­an di Parlimen, kerajaan akan menggunaka­n sepenuhnya kuasa ‘whip’, kejahilan ahli parlimen mengenai undangunda­ng, dan ketiadaan penyelidik­an untuk menasihati ahli parlimen.

Ia menjadi amalan bahawa jumlah majoriti ahli parlimen diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang di dalam kedua-dua dewan.

“Walaupun ahli-ahli parlimen mempunyai latar belakang undang-undang, tanpa nasihat dan penyelidik­an yang betul, mereka mungkin tidak dapat memahami implikasi undang-undang terutamany­a yang menyentuh hak-hak Sabah dan Sarawak.

“Justeru, mereka akan berbahas mengenai dasar dan implikasi terperinci undangunda­ng tanpa mengambil kira syarat-syarat dalam MA63 dan Perlembaga­an.

“Sejak itu, begitu banyak dasar dan undang-undang yang digubal oleh kerajaan persekutua­n, yang melanggar syarat-syarat MA63 dan Perlembaga­an, diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanak­an sepenuhnya oleh kerajaan persekutua­n,” ujarnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia