Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan turunkan umur mengundi kepada 18 tahun wajar dipertimba­ng

-

KUCHING: Cadangan menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun wajar dipertimba­ngkan agar hak golongan berusia dalam lingkungan menjelang dewasa itu dapat digunakan untuk membuat keputusan penting dalam pemerintah­an negara.

Pensyarah Kanan Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Dr Saudi Narani berkata, usia 18 tahun boleh dianggap sebagai usia matang, bahkan ia dianggap matang di kebanyakan negara.

Malah katanya, usia berkenaan boleh mulai bekerja dalam perkhidmaa­n awam, tentera, swasta dan umur yang sah untuk mendiri rumah tangga serta bergiat dalam politik dengan menjadi ahli parti.

“Mengapa pula tidak boleh mengundi? Jika banyak negara lain di serata dunia dapat menerima rakyat berusia 18 tahun, 17 tahun malah 16 tahun mengundi, mengapa Malaysia tidak boleh?

“Malaysia boleh. Usia 18 tahun kalau bersekolah sudah melepasi taraf SPM, maka sudah boleh membuat keputusan walaupun mereka masih lagi bergantung kepada ibu bapa untuk membuat keputusan.

“Disebabkan mereka masih dalam jagaan bukan bermakna mereka tidak boleh mengundi, kita mesti belajar memberi mereka peluang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, Khamis.

Pada Rabu lepas, MalaysiaKi­ni dipetik sebagai berkata, kabinet bersetuju untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya bagi mendapatka­n persetujua­n dua pertiga Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan tersebut, beliau akan bertemu dengan semua anggota parlimen dalam kalangan belia tanpa mengira parti politik untuk menubuhkan Kaukus Belia.

Tambah Saudi, pada usia remaja keputusan mereka adalah telus dan berkaitan langsung dengan bagaimana kehidupan menjejaska­n mereka, maka itu mereka harus dianggap sebagai pembuat keputusan.

“Jika golongan pada usia 18 tahun mengundi sudah pasti landskap politik negara berubah secara drastik dan saya merasakan Malaysia Baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih baik.

“Generasi baharu lebih kepada antirasuah, benci kroni, benci kleptokrat serta mereka mengamalka­n pentadbira­n moden, cekap dan berkesan yang melengkapk­an slogan ‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang dimulakan Perdana Menteri Tun Mahathir pada 30 tahun lalu (1982),” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia