Utusan Borneo (Sabah)

Ikon menara berkembar, pelancar roket hiasi sambutan kemerdekaa­n SK Lampada

-

KOTA MARUDU: Menara Berkembar Petronas dengan tulisan ‘Sayangi Malaysiaku’ dengan binaan botol mineral terpakai telah menjadi ikon Bulan Kemerdekaa­n dan memperinga­ti penubuhan Malaysia SK Lampada berakhir Ahad lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Zubaidah Kamaruddin berkata binaan menara itu merupakan sebahagian daripada pelbagai aktiviti sekolah itu yang berkonsepk­an penerapan kreativiti dalam kalangan murid.

“Bulan Kemerdekaa­n tahun ini memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa menjayakan aktiviti bersama,” katanya.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah mewarna Jalur Gemilang sepanjang 71 meter, mengecat pintu pagar laluan berjalan kaki, terowong dan projek inovasi pelancar roket sebesar 4 meter berwarna merah hati yang diusahakan bersama guru sains Mohd Nurkholish Masduki.

Menara berkenaan disiapkan dengan 4,500 botol mineral terpakai diketuai Cikgu Alduvent Salipat manakala pelancar roket yang bertujuan menanam impian murid menjadi ahli sains aeroangkas­a dibangun munggunaka­n air yang dimampatka­n dengan tekanan tinggi.

Semua aktiviti dijayakan hasil kolaborasi PIBG dan Guru Besar Peter Gansau, para penolong kanan Sabariah Padalih, Amat Mautar, Seldius Lawai serta murid-murid Tahun 4,5,6 dan ibu bapa.

Manakala Jalur Gemilang yang diwarnakan sepanjang 71 meter dipasang di sebatang jalan menghala ke atas bukit yang dapat dilihat dari kejauhan, menyemarak­kan lagi keceriaan sekolah.

Sekolah itu yang terletak 18km dari sini, tersergam di lembah Lampada dan sungai Tuaran masih dikategori­kan sekolah luar bandar yang daif kerana dihubungi jalan tidak berturap, tanpa talian telefon dan liputan telekomuni­kasi namun tetap bersemanga­t memeriahka­n sambutan Bulan Kemerdekaa­n.

Kemuncak sambutan itu turut dihadiri Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Francis Au.

Turut diadakan ialah pertanding­an lagulagu patriotik, fesyen busana merdeka dan karaoke ibu bapa.

Busana merdeka yang menampilka­n 10 peserta dimenangi adik Joana Christie Joshua disusuli di tempat kedua oleh Selzie Sedius dan ketiga Anjirah Molizon.

Bintang merdeka yang menampilka­n lima peserta akhir dimenangi adik Joana Chiste, disusuli Ecaline Will di tempat kedua dan Arianysta Loree (ketiga).

Penulis bebas Benjohn Simbaku turut menerima undangan khas menyumbang­kan lagu asli solo dan duet bersama pengadil yang juga guru di SK Lampada.

BATING

-Oleh HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia