Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50 pensyarah UMSKAL hadiri CEO Talk

-

LABUAN: Lebih 50 pensyarah dan kakitangan UMS Kampus Antarabang­sa Labuan( UMS KAL) menghadiri Program CEO Talk Series bersama Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government, Azman Hisham Che Doi, baru-baru ini.

Program anjuran Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) itu diadakan dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang di Podium C, Bangunan Menara, UMS Labuan.

Turut menghayati perkongsia­n ilmu itu ialah Dekan FKAL, Prof Madya Dr Zaiton Osman dan Timbalan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal yang mewakili Pengarah, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Hadir sama Timbalan Dekan (Penyelidik­an dan Inovasi), FKAL, Dr Sharinah Puasa.

Azman berkata kalau mahu melakukan perubahan, ianya mesti bermula dari diri sendiri sebelum melebarkan­nya kepada organisasi.

Katanya, seseorang itu perlu bersikap positif dan membuang jauh-jauh sikap negatif kalau mahu mencapai kejayaan dalam apa juga kerjaya atau bidang yang diceburi mahupun tugas yang diamanahka­n.

Beliau juga menasihatk­an warga pensyarah dan kakitangan supaya mengadakan perbincang­an sekiranya terdapat masalah.

“Kalau ada masalah, bawalah berbincang dan selesaikan masalah tersebut serta maju ke hadapan,” katanya.

Azman menegaskan kejayaan seseorang dan organisasi itu berlandask­an sikap yang ikhlas ketika menjalanka­n tugas selain mempunyai sikap integriti yang tinggi dan moral yang baik.

 ??  ?? ZAITON (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Azman sambil diperhatik­an pensyarah yang hadir CEO Talk Series di UMS Labuan.
ZAITON (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Azman sambil diperhatik­an pensyarah yang hadir CEO Talk Series di UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia