Utusan Borneo (Sabah)

Tiga punca utama rasuah

Penyebab ketirisan ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenalpa­sti sektor perolehan dan penguatkua­saan serta individu yang mempunyai kepentinga­n dan kuasa menjadi penyumbang utama gejala rasuah di negara ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

“Rasuah melibatkan perolehan dan individu berkepenti­ngan mempunyai kaitan kerana pihak berkenaan mempunyai kuasa dalam meluluskan sesesuatu projek.

“...ini antara penyebab ketirisan ekonomi negara sama ada wang hilang akibat jenayah rasuah atau wang tidak dikutip akibat jenayah (rasuah) ini,” katanya selepas menjadi tetamu bual bicara #SPRM360 terbitan Bernama Radio di sini, Sabtu.

Azam berkata, bagaimanap­un, pihaknya tetap komited dalam mengendali­kan kes berprofil tinggi yang menyebabka­n ketirisan wang negara.

“Kita tidak mahu jenayah ekonomi seperti ini menyebabka­n kita kehilangan lebih banyak wang negara.

“Walaupun gejala rasuah di negara kita ini boleh dianggap serius, namun ia masih boleh dikawal... dengan kerjasama masyarakat dan SPRM ia mampu dibanteras,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dikenakan pakaian lokap SPRM berwarna oren, Azam berkata pemakaian pakaian lokap dan bergari untuk suspek kes rasuah adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai penyiasat.

“Bukan Najib sahaja yang tidak pakai (baju oren dan gari). Ramai lagi yang tidak pakai. Orang bertanya mengapa. Ia adalah kuasa budi bicara penyiasata­n.

“Sekiranya pegawai penyiasat merasakan suspek perlu pakai baju oren, bergari, ia bergantung kepada aspek kemudarata­n. Sekiranya ia mendatangk­an kemudarata­n, maka ia perlu,” katanya. Khamis lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah membenarka­n Najib diikat jamin sebanyak R M 3.5 jut ayang perlu dibayar secara berperingk­at sehingga 28 Sept.

 ?? GambarBern­ama ?? AZAM (tengah) ditemu bual menerusi Program SPRM 360 bersama Bernama Radio di Wisma Bernama pada Sabtu.
GambarBern­ama AZAM (tengah) ditemu bual menerusi Program SPRM 360 bersama Bernama Radio di Wisma Bernama pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia