Utusan Borneo (Sabah)

Islam untuk semua pendekatan baharu Amanah

-

TEMERLOH: Parti Amanah Negara (Amanah) akan menggangka­t agama Islam dengan menggunaka­n pendekatan baharu yang lebih dinamik agar agama dan umat Islam di negara ini terus diterima dan dihormati oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata pada masa kini terlalu banyak persepsi negatif yang terhadap agama Islam berikutan tindak tanduk pihak tertentu, sedangkan Islam merupakan agama yang mementingk­an aspek keharmonia­n, toleransi dan keamanan.

“…dengan keretakan kaum dan konflik sentitivit­i agama yang semakin meruncing dalam negara yang berbilang kaum, budaya dan agama ini, kelainan Amanah dalam menghayati Islam semakin ketara berbanding parti yang ditinggalk­an sebelum ini.

“Setiap perbezaan ini kita kena uruskan dengan baik dan inilah peranan parti Amanah untuk memastikan pendekatan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin diterima rakyat Malaysia.

“Islam menjunjung nilainilai tinggi syariah dan bukan hanya menekankan aspek hukum secara jumud serta terpisah, dan Amanah akan sentiasa mengambil pendekatan inklusif dan produktif untuk merungkaik­an permasalah­an tuntutan (pelbagai kaum), melalui pendekaran baharu ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun Amanah kali ketiga bertemakan Bersama Menerajui Perubahan di Dewan Tun Razak di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian Datuk Salahuddin Ayub, Naib Presiden Amanah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengarah Komunikasi yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n Amanah Khalid Abdul Samad.

Katanya parti itu akan cuba untuk menterjema­hkan Islam di negara ini dalam kehidupan yang lebih harmoni, pentadbira­n yang lebih baik dan menjaga hak asasi masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Kadang kita (umat Islam) yang membaca baca Al Quran, tetapi yang melaksanak­an (apa yang disuruh di dalam Al Quran) adalah orang lain... rakyat di negara bukan Islam yang melakukann­ya.

“Contohnya terjemahan akhlak-akhlak Islam banyak dilakukan oleh orang Jepun, mereka lebih mengamalka­n kebersihan, tidak rasuah, dan bertanggun­gjawab sedangkan orang Islam berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku di Yaman,”katanya.

Dalam pada itu, katanya antara cabaran yang dihadapi oleh parti itu pada masa kini adalah untuk menguruska­n kemenangan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu agar pemimpin-pemimpin yang terpilih tidak hanyut dengan kuasa dan pangkat yang diperolehi.

 ?? GambarBern­ama ?? MOHAMAD Sabu (tengah) yang juga Menteri Pertahanan bersalaman dengan ahli-ahli parti ketika hadir pada majlis Sambutan Ulang Tahun Amanah Ketiga di Dewan Tun Razak pada Sabtu.
GambarBern­ama MOHAMAD Sabu (tengah) yang juga Menteri Pertahanan bersalaman dengan ahli-ahli parti ketika hadir pada majlis Sambutan Ulang Tahun Amanah Ketiga di Dewan Tun Razak pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia