Utusan Borneo (Sabah)

Persetujua­n Kabinet turun had umur mengundi langkah tepat

-

KUALA LUMPUR: Persetujua­n Kabinet meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun merupakan langkah yang tepat pada masanya.

Anggota Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata ia adalah sebahagian daripada langkah berani yang perlu diambil jika kita mahu melihat Malaysia daripada konteks baharu.

“Setelah 61 tahun Malaysia merdeka, kita perlu melihat dan membuat keputusan melibatkan perkara-perkara asas.

“Meremajaka­n politik secara imbasnya merupakan topik ringan, tapi sebenarnya tidak. Ia melibatkan hak berpolitik yang mendasari perlembaga­an dan hak asasi,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam Sabtu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu dilaporkan berkata bagi mendapatka­n persetujua­n dua pertiga Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan itu beliau akan bertemu dengan semua anggota Parlimen dalam kalangan belia tanpa mengira parti politik untuk menubuhkan Kaukus Belia.

Syed Saddiq berkata beliau juga akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa yang dianggotai ketua-ketua pemuda semua parti politik di negara ini untuk membincang­kan usul itu.

Mohd Yusmadi yang juga bekas Anggota Parlimen Balik Pulau PKR berkata aspek keberanian telah diguna pakai oleh kuasa-kuasa besar dunia apabila mengetenga­hkan pemimpin muda menerajui negara mereka.

“Lihat Perancis, Austria mahupun Kanada, lihat kepada wira kebangsaan Filipina Jose Rizal yang meninggal dunia pada usia 35 tahun. Mereka yang bina negara. Kita perlu jadikan ‘peremajaan politik’ sebagai agenda besar negara.

“Pemimpin yang baik perlu didukung dengan pengikut yang baik, golongan muda yang sedar, yang tahu akan hak-hak mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia