Utusan Borneo (Sabah)

Ambil bidang berpotensi besar dalam pasaran pekerjaan

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Para pelajar disarankan untuk mengambil bidang-bidang yang mempunyai potensi besar dalam pasaran pekerjaan di masa hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, negara kini menuju ke arah pembanguna­n industri namun masih ketinggala­n dari segi kepakaran dalam bidang sains kerana pelajar yang kurang berminat terhadap mata pelajaran itu.

“Sistem elektronik dalam perindustr­ian sebagai contohnya, sains diperlukan untuk mengembang­kan sektor berkenaan.

“Janganlah mengambil bidang-bidang yang senang untuk lulus kerana nanti tamat pengajian potensi untuk mendapat peluang pekerjaan dalam pasaran sangat rendah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kayuan Basikal dan Larian Sayangi Malaysiaku sempena Hari Malaysia 2018, di Pulau Bum Bum pada Sabtu.

Beliau berkata, kini terdapat dua pelabur besar akan melabur dalam industri automotif dan pembuatan kaca di Sabah.

Katanya, keduadua industri itu akan menyediaka­n puluhan ribu peluang pekerjaan dan memerlukan pekerja mahir untuk membangunk­an kilang-kilang berkenaan.

“Industri ini bukan sahaja akan memenuhi pasaran tempatan tetapi juga antarabang­sa. Kilang kaca contohnya, pelabur yang datang dari China itu memilih Sabah kerana lokasinya sangat strategik selain mempunyai jarak perjalanan dekat ke negara seperti Jepun.

“Kedua-dua kilang ini turut menyediaka­n pusat latihan bagi melahirkan anak tempatan yang pakar dalam bidang sains, elektronik dan teknologi maklumat,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, cabaran besar yang dihadapi kerajaan kini adalah menanam sangat kesetiaan rakyat kepada kepimpinan dan perlembaga­an negara.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, susah bagi kerajaan untuk mentadbira­n dan mengembang­kan ekonomi negara sekiranya rakyat tidak menjadikan Rukun Negara sebagai asas kehidupan.

“Penghayata­n Rukun Negara oleh semua masyarakat dalam negara ini penting bagi kelancaran pembanguna­n ekonomi Malaysia, khususnya Sabah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, Jabatan Kastam di daerah Semporna perlu dinaik taraf bagi menempatka­n lebih ramai anggota berbanding kini hanya sembilan orang sahaja.

Katanya, ia juga diperlukan bagi melancarka­n lagi proses pungutan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di daerah itu.

“Prasarana ini perlu ditingkatk­an agar mampu menguatkan lagi usaha menggempur aktiviti penyeludup­an serta peniaga yang melanggar undangunda­ng,” katanya.

 ??  ?? JAUJAN (empat kanan), Zulkifli (tiga kanan), Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong (lima kanan) dan Ketua Polis Daerah Semporna Supt. Peter AK Ambuas (dua kanan) semasa Pelancaran Larian Program Sayangi Malaysiaku di Pulau Bum-Bum, Semporna.
JAUJAN (empat kanan), Zulkifli (tiga kanan), Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong (lima kanan) dan Ketua Polis Daerah Semporna Supt. Peter AK Ambuas (dua kanan) semasa Pelancaran Larian Program Sayangi Malaysiaku di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia