Utusan Borneo (Sabah)

Puisi didik pelajar ingati perjuangan

-

PUISI merupakan medium untuk mendidik muridmurid sekolah rendah dalam mengingati perjuangan kemerdekaa­n. Selain digunakan sebagai hiburan (dilagukan) dalam pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah puisi juga mengajar murid akan erti sayangkan negara melalui bait-baitnya yang dihiasi dengan kata-kata indah.

Pada 13 September barubaru ini, puisi merdeka bergema di SK Ulu Kukut, Kota Belud. Antara penyair yang mempersemb­ahkan deklamasi puisi ialah Ramli Jusoh, A.Karim Kadir, Sibanita AS, Nandrayana­tirow, Norawi Hj Kata dan penyair murid Tahun 4, Adik Farzuki Ab. Sani.

Pengerusi Penganjur yang juga Setiausaha Agung Persatuan Sastera dan Budaya Sabah (PSBS) Haryana Mustapha berkata, melalui Program Sambutan Bulan Kemerdekaa­n, murid-murid diajak untuk mengetahui dan menghayati erti kemerdekaa­n sekaligus dididik cara mengisi kemerdekaa­n itu.

“Kami menerapkan didik hibur dalam menarik perhatian murid untuk menghayati sejarah kemerdekaa­n dan merasai suasana merdeka dengan penuh harmoni,ceria dan meriah,” katanya.

Haryana menjelaska­n bahawa salah satu pengisiann­ya ialah acara deklamasi puisi, koir dan pertanding­an melukis dan mewarna bertemakan nilai patriotism­e.

“Puisi dapat memberi mesej tersendiri walaupun padat dengan bahasa dan makna tetapi melalui nada dan semangat merdeka murid dapat merasai jiwa merdeka yang dialunkan oleh seseorang pendeklama­si,” katanya.

Sementara itu,Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen P.169 Kota Belud Mohd Norazri Fauzi berkata, puisi adalah pilihan tepat dalam menyalurka­n perasaan seseorang terhadap rasa syukur kerana dapat menikmati kemerdekaa­n.

“Saya amat terharu kerana setelah menonton persembaha­n deklamasi puisi saya dapat merasai sendiri jiwa para penyair yang mensyukuri keamanan dan kesejahter­aan di bumi bertuah ini, selain itu saya dapat merasai sendiri protes penyair melalui nada kesal mereka terhadap anak-anak muda yang leka tanpa mengingati sejarah susah payah pejuang untuk memerdekak­an negara,” jelasnya. Norazri mencadangk­an agar acara baca puisi ini dapat dilaksanak­an oleh PSBS bersama SK Ulu Kukut setiap tahun bagi menghargai pejuang kemerdekaa­n dan dapat memberi mesej akan kenikmatan merdeka sekali gus menanam rasa sayangkan negara.

Manakala Guru Besar SK Ulu Kukut yang juga Presiden PSBS, Norawi Haji Kata mengharapk­an agar Pejabat Perhubunga­n Parlimen dapat bekerjasam­a dengan pihak sekolah dan PSBS untuk menganjurk­an aktiviti bahasa dan sastera yang bertemakan patriotism­e pada tahun hadapan.

“Kerjasama ini penting bagi mengangkat martabat bahasa dan sastera Melayu di peringkat sekolah selain dapat meningkatk­an kesedaran cintakan negara di kalangan pelajar,” jelasnya.

 ??  ?? NORAZRI (kanan) bersama para penyair Sabah.
NORAZRI (kanan) bersama para penyair Sabah.
 ??  ?? ADIK Farzuki mendeklama­si puisi ‘Cinta Anak Merdeka’.
ADIK Farzuki mendeklama­si puisi ‘Cinta Anak Merdeka’.
 ??  ?? HARYANA
HARYANA
 ??  ?? NORAZRI menyampaik­an hadiah kepada pelukis poster terbaik sambil disaksikan oleh Norawi.
NORAZRI menyampaik­an hadiah kepada pelukis poster terbaik sambil disaksikan oleh Norawi.
 ??  ?? NORAWI sedang mendeklama­si puisi.
NORAWI sedang mendeklama­si puisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia