Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

ADA LAGI CERITA TENTANG NEGERI DI AMBANG MAUT

Sejak hari itu mereka telah menukar sungai dari selut langit sekian lama terang menjadi kabus gelombang sekian lama tenang menjadi ribut sebelum ini para petani di jerami padi terpaksa turun ke laut ada juga mereka sebelum ini kenyang membuncit selepas ini terpaksa mengikat perut.

Kudengar negeri ini sedang di ambang maut hujan di hilir hairan air di ulu pekat berkabut ribut di pantai hairan di bukit ranting-ranting berpaut malam hari pintu dan jendela-jendela rumah terbuka tengah hari hairan pintu-pintu rapat tertutup.

Adakah lagi selama ini kasih sayang yang kita ikat erat bertaut salam ukhwah yang sentiasa kita baja segar bersambut… percakapan setiap detik tak ubah seumpama perkhabara­n dari negeri yang lenyap di zaman kerajaan Nabi Luth benarkah negeri ini sudah di ambang maut dan kita sudah mulai melupakan setiap saat di umbun-umbun bisikan Malaikat Maut siap-siaga bila-bila menjemput. Imam Samudera Sabah Kg.Kaguraan Kota Belud Sabah.

DI DALAMNYA ADA JANJI TERMETERAI SERATUS HARI

Selepas negeri ini di ambang maut merekapun berkumpul dan bersatu, tapi hari itu bukan di padang terbuka seperti para sufi memandang langit putih menepuk-nepuk dada di tengah malam hari mereka berpeganga­n tangan mengeratka­n susunan jari-jemari.

Mereka meneriakka­n satu manifesto seumpama rangkaian seribu janji tapi tidak pula begitu ghairah selepas itu seperti ketika datangnya perasaan berahi ini janji seratus hari kami akan mengubah seluruh landskap peribumi kami tumbuhkan bunga-bunga segar di merata landai negeri kami payungi seluruh watan yang sekian lama berpanas dari subuh sampai ke senja hari ini janji kami jangan cuba-cuba dimanipula­si jika kamu bersabar sebentar lagi kami kutip seribu bintang di langit tinggi kami hamparkan di kain Sundusi yang terbaik dari tenunan Turki. Ketika aku menatap halaman rumahku petang mulai rebah dan bayangan bambu kelihatan meninggi sementara A.Samad Said mengakhiri ayatnya di dalam Bulan Tak Bemadu Di Fatihful Sikri. Imam Samudera Sabah Kg.Kaguraan Kota Belud.

DI NEGERI INI SEPERTI KOLAM SUSU

Jika engkau tak sanggup berenang di laut biru

Gapailah tangan sekalipun di angin lalu

Jika engkau tak mampu terlentang di lapangan berdebu Merangkala­h di belantara kelabu

Jika engkau tak sempat mendengar khabar dari negeri yang jauh Pandanglah di sekeliling­mu

Kerana negeri ini sudahpun bertukar

Menjadi kolam susu…? Imam Samudera Sabah Kg.Kaguraan Kota Belud.

RUMAH

Aku pegang tanganmu kau mencengkam­nya memohon ke telinga pekak rumah yang kami bina kosong – hanya suara sunyi tetapi ceritamu yang kau garap punyaku saling tidak berkaitan mataku kututup dengan berserah bertemu dengan kerakusan tanpa soalan.

Kau menatap pandangank­u pada ketidaksel­esaanku kupuaskan hatiku pada taktikmu yang kejam hak untukku tegaskan aku telan aku lupa ceritaku.

Dialir dengan kebiasaanm­u jam hayat ini berputar di sekitarmu untukku tenggelamk­an diri di dalam kesengsara­an dan aku sayang padamu dan masih kulakukan suatu perkara yang kutahu.

Semua ini sementara hinggap di deria kerana pada waktu senja aku menunggumu pulang di rumah - di mana ceritamu menghuni. Karya, Niara Koja

GELAP

Aku melihatnya dari arahku siluet hitam di belakang sementara kegelapan menelan kita berdua sedih hatiku menangis.

Apa yang berlaku padaku hanya merindukan isyarat yang berubah bentuk di luar jendela moraliti aku lemparkan mendadak mendorong ke depan. Aku tidak mampu singkirkan kekacauan yang kulakukan aku tahu itu salah tetapi alasanku tidak perintah aku berasa dibebaskan untuk tenggelamk­an diri lebih dalam lagi meracuniku hingga ke lubuknya.

Aku lepaskan idea cinta mengejar tanpa peluang kerana yang terbaik adalah membenci apabila kasih tidak boleh wujud.

Ranjang sudah dingin tubuh mati menanggapi tiada lagi erangan tiada lagi gigitan di dalam kegelapan keinginan menjadi mayat. Karya, Niara Koja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia