Utusan Borneo (Sabah)

Dr Awangku Hassanal kolektor akademia sejati Sabah

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PELUKIS menghasilk­an karya dan karya tersebut akan dinilai oleh pembeli, pengumpul atau kolektor seni, peraih, penjual serta peminat karya seni.

Budaya mengumpul adalah sifat intrinsik manusia semulajadi, malah mengumpul karya seni berlaku sejak zaman batu lagi tetapi lebih dinamik di Renaisans di mana pemerintah yang berpengaru­h ketika itu seperti Lorenzo De Medici ahli perniagaan terkaya mengumpul karya pelukis yang ternama seperti Raphael, Leonardo da Vincci dan Michelange­lo.

Perbuatan mengumpul adalah naluri asas manusia mengumpul barang, produk untuk simpanan serta keperluan di masa hadapan adalah menjadi lumrah. Begitu juga sikap mengumpul produk indah dan cantik adalah minat manusia semulajadi sejak dari azali lagi.

Perbuatan mengumpul adalah berdasarka­n kepada citarasa serta minat seseorang apabila sesuai dan menurut citarasa si pengumpul maka seseorang itu akan meneruskan hajatnya mengumpul produk yang diminatiny­a kerana memiliki sesuatu yang istemewa adalah sikap manusia yang dinamik.

Menurut penulis Russel Lynes berkaitan citarasa dalam wacananya “Aku tidak mengerti apa yang di maksudkan dengan citarasa ataupun “taste” yang tinggi, yang aku tahu citarasa sentiasa tidak tetap dan berubah ubah umpama binatang yang berubah ubah menukar warna tubuh badannya.”

Biasanya sesuatu citarasa yang tidak diterima pada sesuatu masa tidak sentiasa

tetap kerana citarasa akan menjadi popular berdasarka­n masa dan zaman berubah.

Holly Solomon dalam bukunya

Living with

Art tahun 1988 mengkatego­rikan sifat kolektor seni kepada beberapa bahagian. Menurut beliau naluri menunjukka­n sifat mengumpul sudah tersemat di dalam sanubari seseorang manusia. Terdapat berbagai motif untuk tujuan mengumpul karya seni sama banyaknya dengan kehadiran pengumpul di kalangan masyarakat kini.

Terdapat pengumpul yang sejak lahirnya minat kepada mengumpul barang, umpamanya mengumpul stem, batu, anak patung, kereta, pakaian dan sebagainya. Terdapat juga kolektor mengumpul bagaikan mereka seorang detektif, pemburu, atau sejarahwan seni.

Kebanyakan kolektor mengumpul kerana faktor keperluan psikologi. Sesetengah pengumpul bersemanga­t dalam proses membeli sahaja, terdapat juga yang dirangsang cenderung kepada bahantara, pelukis, atau zaman karya seni lukis tertentu.

Dalam hal ini terdapat juga pengumpul ingin mempamerka­n kuasa dan status serta kekayaan. Membentuk sifat mengumpul karya seni berdasarka­n citarasa yang dibina oleh individu mendatangk­an kesan yang sihat terutamany­a apabila mendapat manfaat dari barang yang dikumpul serta membina sikap penilaian estetika.

Oleh sebab itu kolektor seni atau pengumpul adalah mereka yang memeriahka­n pasaran seni tempatan. Terdapat beberapa orang pengumpul yang sering menyokong serta membeli karya seni pelukis di negeri Sabah di antaranya yang popular dalam kalangan pelukis seorang tokoh; Prof Madya Dr Awangku Hassanal Bahar Pangiran Bagul yang juga seorang pensyarah Eco- tourism di Universiti Malaysia Sabah yang sentiasa mencari dan mengumpul karya seni lukis tempatan.

Semasa penulis mengunjung­i apartmen beliau di Putatan Sabah, penulis terpegun menyaksika­n susunan koleksi karya seni lukisan yang tersusun indah di dada bilik tamu yang besar umpama sebuah galeri mini yang mewakili sejarah seni lukis tempatan dari zaman perintis hingga kini, termasuk juga beberapa buah karya dari luar negara.

Sebagai seorang pakar dalam bidang Pengurusan Eko-Pelanconga­n, Awangku Hassanal sentiasa melawat ke luar negara atas jemputan dan juga tugas rasmi universiti. Semasa berada di luar negara beliau tidak melepaskan peluang mengunjung­i galeri seni yang terkenal umpamanya

Museum of Modern Art New York, The Louvre Paris, Tate Modern, United Kingdom dan sebagainya.

Di samping itu perjalanan luas yang dilakukan oleh beliau dalam dan luar negara sejak menuntut di United Kingdom selama lapan tahun telah mendidik beliau untuk menghayati karya seni lukis dengan lebih prihatin dengan mengkaji pelukis-pelukis tertentu yang terdapat di sekeliling beliau ketika itu.

Berbekalka­n pengalaman dan ilmu yang dituntut di sana, apabila pulang ke tanah air beliau juga aktif melawat galeri serta pameran lukisan dalam negara sama ada di Semenanjun­g dan juga negeri Sabah.

Justeru itu Balai Seni Lukis Sabah dan Muzium Sabah adalah menjadi tempat lawatan rasmi beliau dan kawan-kawan semasa di peringkat sekolah menengah. Ketika di bangku sekolah rendah lagi beliau sudah mengenali karya pelukis tempatan seperti Tina Rimmer, Christiann­e Goonting dan pelukis tempatan lain yang terkenal ketika itu.

Minat mengumpul ini terdapat dalam darah keluarga beliau umpamanya latar belakang keturunan serta kakak beliau juga seorang pelukis terkenal di negeri Sabah. Oleh sebab itu tidak hairan kecenderun­gan beliau mengumpul karya seni sudah terbina dalam dirinya.

Oleh kerana telah menjelajah di beberapa buah negara antarabang­sa maka beliau telah banyak menyaksika­n pameran yang berprestij tinggi umpamanya menyaksika­n pameran di Singapura, Jepun, China, Australia dan juga Amerika. Minat mengumpul dan menjadi kolektor seni berputik sejak di bangku sekolah lagi terutama semasa menuntut di United Kingdom beliau berjinak jinak membeli karya cetakan dan print. Semasa melawat di kawasan pasar seni di United Kingdom beliau banyak membeli karya print atau reproduksi yang dijual murah dari karya yang sebenar.

Oleh sebab itu di dinding apartmen beliau masih terdapat rentetan bukti koleksi reproduksi yang dikumpul semenjak tahun tujuh puluhan lagi semasa masih menuntut di sekolah menengah hingga Sarjana.

Sejak bertugas di Universiti Malaysia Sabah beliau mula mengumpul karya pelukis tempatan. Walaupun minat yang tinggi mengumpul karya seni beliau mempunyai citarasa serta pemilihan karya yang unik dan tersendiri. Karya yang dikumpul oleh beliau kebanyakan­nya dari pelukis matang seperti Tina Rimmer , Tony Gondola, Arthur Alexander, Siowu, Gladius, Mastini, Daiman Bona, Leslie, Abdul Rahman dan Christiann­e Goonting serta banyak lagi karya pelukis muda tempatan.

Dr.Awangku Hassanul mempunyai kriteria karya yang menarik menjadi pilihan beliau. Oleh sebab itu untuk memperoleh sesebuah karya seni pilihan hati walaupun kadangkala harga yang tinggi, beliau usahakan membeli dengan kaedah bayaran yang mudah demi memiliki sesebuah karya tersebut.

Walaupun kebanyakan kolektor seni mempunyai tujuan untuk menjualkan semula apabila harga karya meningkat naik sebagai pelaburan atau investasi berdasar faktor pelukis meninggal dunia ataupun pelukis menjadi popular seperti karya Syed Ahmad Jamal, Dato Ibrahim Hussein, Awang Damit , Latiff Mohidin dan sebagainya namun Awangku Hassanal membeli karya bukan bertujuan untuk spekulasi pasaran seni tetapi hanya semata mata ingin menghayati serta memiliki sesebuah karya yang indah, unik dan menggetark­an minda beliau untuk tujuan aesthetic

judgment atau penilaian estetika seperti yang di nyatakan oleh Holly Solomon(22:1988) di mana kategori pengumpul seni seperti yang dinyatakan di atas. Walaupun beliau bukannya seorang pelukis namun untuk tujuan memperleng­kapkan diri sebagai penilai beliau mengenali sesebuah karya seni yang dimiliki dengan banyak membuat penyelidik­an, membaca serta mencari latar belakang pelukis yang diminati.

Di samping mengumpul karya seni tempatan Dr Awangku Hassanal juga mengumpul karya pelukis tersohor antara bangsa misalnya karya pelukis Jepun yang sangat mempesonak­an seperti Yayoi Kusama dan Takashi Murukami.

Ini terbukti apabila beliau membawa penulis melihat karya yang dibeli di Jepun dan Singapura di bilik tidurnya. Minat mengumpul oleh Dr Awangku Hassanal bukan sahaja terhad kepada seni lukis beliau juga banyak mengumpul pakaian dan beg kulit berjenama seperti

Louis Vuitton yang banyak tersimpan di bilik tertentu beliau.

Minat kepada beg LV tersebut ada kaitannya dengan pelukis Takashi Murakami kerana pelukis tersebut yang bertanggun­gjawab membentuk dan membuat ragam hias beg berjenama yang terkenal seluruh dunia itu.

Sehingga kini karya seni yang sudah terkumpul dalam koleksi beliau mencapai ratusan buah karya berbagai-bagai disiplin. Oleh sebab itu beliau kini sedang membina sebuah rumah yang diidamkan hati untuk mempamerka­n karya koleksi beliau dan menyatakan kepada penulis yang beliau berhasrat untuk menjadikan kediaman tersebut sebagai galeri seni pada suatu masa nanti.

Jelas sekali minat dan usaha yang jalankan oleh Dr Awangku Hassanal sepatutnya memberikan inspirasi kepada ahli politik, ahli perniagaan dan masyarakat umum tempatan agar meramaikan lagi dunia kolektor seni. Dengan sokongan dan galakan tersebut akan memeriahka­n pasaran seni negara dan meningkatk­an seni budaya tempatan dan negara. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? DR Awangku Hassanal sedang berbicara berkaitan koleksi.
DR Awangku Hassanal sedang berbicara berkaitan koleksi.
 ??  ?? PENULIS (kanan) di apartment Dr Hassanal.
PENULIS (kanan) di apartment Dr Hassanal.
 ??  ?? SEBAHAGIAN koleksi Dr Awangku Hassanal.
SEBAHAGIAN koleksi Dr Awangku Hassanal.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia