Utusan Borneo (Sabah)

Motivasi kecemerlan­gan STPM

60 pelajar SMK Usukan sertai program pemantapan

-

KOTA BELUD: Seramai 60 pelajar Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di SMK Usukan menyertai Program Pemantapan dan Kecemerlan­gan STPM 2018 di Suang Suka Lodge Kuala Abai pada 14 hingga 16 September lepas.

Antara objektif program itu ialah mendedahka­n pelajar calon STPM kepada teknik menjawab bagi mata pelajaran berkenaan selain memberi keyakinan dan motivasi untuk cemerlang dalam STPM 2018.

Konsep belajar ‘ala santai’ dan bengkel pelajar lebih berkeyakin­an menguasai bab fokus bagi setiap mata pelajaran.

Pengetua SMK Usukan Masnon Maswan menyeru pelajar meletakkan SMK Usukan di tahap terbaik bagi peperiksaa­n STPM tahun 2018.

Katanya, pencapaian keputusan STPM di sekolah itu berada dalam landasan yang betul di mana, pada tahun lepas SMK Usukan adalah antara sekolah cemerlang di negeri Sabah.

“Seramai 47 daripada 51 calon STPM tahun lepas menerima tawaran melanjutka­n pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Anjan Haji Rudin mengucapka­n tahniah dan syabas kepada SMK Usukan kerana penganjura­n program itu.

Anjan yang mewakili Pegawai Pendidikan Kota Belud Mohd Fadzli Haji Abd Rozan menyeru pelajar untuk terus mengekalka­n kecemerlan­gan SMK Usukan.

Beliau juga meminta pelajar menghayati konsep hijrah dan mengambil iktibar daripadany­a.

Penceramah untuk program itu adalah guru berpengala­man termasuk guru dari luar daerah Kota Belud antaranya, Dr Ovelyn Ozy Matanluk (SMK Sikuati Kudat) untuk matapelaja­ran Geografi, Robiah Jantan (SMKU) untuk matapelaja­ran Bahasa Melayu, Flora Jimmy (Maktab Sabah ) bagi mata pelajaran Ekonomi.

Penceramah Sejarah ialah Muhamadiah Abdul Wahab (SMK Datuk Pengiran Galpam Sandakan), Kasdi Haji Zakhilan (SMK Usukan) bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan, Jun a i di Mahmud (SMK Majakir Papar) bagi mata pelajaran Pengajian Am manakala untuk pengajian Sains Sukan disampaika­n Nordin Haji Kad disedari SMK Limbanak, Penampang.

Program Pemantapan dan Kecemerlan­gan STPM 2018 adalah program tahunan SMK Usukan bagi memastikan pelajar-pelajarnya mendapat kelulusan cemerlang dalam bidang akademik.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Nasdin Pumpunga, guru-guru dan tetamu lain.

“Pencapaian keputusan STPM di sekolah itu berada dalam landasan yang betul di mana, pada tahun lepas SMK Usukan adalah antara sekolah cemerlang di negeri Sabah. Seramai 47 daripada 51 calon STPM tahun lepas menerima tawaran melanjutka­n pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA), ” MASNON MASWAN Pengetua SMK Usukan

 ??  ?? PELAJAR dan penceramah bergambar ketika Program Pemantapan dan Kecemerlan­gan STPM 2018.
PELAJAR dan penceramah bergambar ketika Program Pemantapan dan Kecemerlan­gan STPM 2018.
 ??  ?? MASNON menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah.
MASNON menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang diadakan dalam majlis untuk meningkatk­an keyakinan pelajar.
ANTARA aktiviti yang diadakan dalam majlis untuk meningkatk­an keyakinan pelajar.
 ??  ?? PENCERAMAH menerima cenderamat­a disampaika­n Masnon.
PENCERAMAH menerima cenderamat­a disampaika­n Masnon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia