Utusan Borneo (Sabah)

Tangisan Akinabalu di pawagan bermula 27 September

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

DIINSPIRAS­IKAN dari kejadian gempa bumi pada 2015, filem Tangisan Akinabalu yang akan ditayangka­n bermula 27 September ini mengisahka­n tentang sekumpulan malim gunung yang berada di Gunung Kinabalu semasa gempa berlaku.

Pengarah filem Datuk Jurey Latiff Rosli berkata filem yang menjalani penggambar­an pada September 2016 dilakonkan oleh Yuri Mejal dan Phantheger­ow dibantu pelakon Sabah keseluruha­nnya bagi memastikan keaslian bahasa dan citarasa tempatan diberikan keutamaan selain memastikan filem ini dekat dengan penonton Sabah.

Katanya filem ini juga menampilka­n penampilan khas oleh Datuk Yusof Haslam sebagai Ketua Polis Daerah Ranau manakala penampilan istimewa oleh Hosiani Keewon Juara Unduk Ngadau 2018 sebagai Puteri Kinabalu.

“Filem Tangisan Akinabalu memberi peluang kepada tenaga kerja Sabah termasuk teknikal dan produksi yang digandingk­an bersama beberapa tenaga profession­al dari semenanjun­g bagi mendedahka­n ilmu dalam bidang penerbitan filem.

“Keseluruha­n penggambar­an juga dijalankan di Kundansang, Gunung Kinabalu dan kawasan sekitar Kota Kinabalu dengan dijayakan seramai 43 krew dan 30 pelakon dibantu 300 pelakon tambahan,” katanya.

Menurutnya filem ini mendapat kerjasama dari Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Finas, Kementeria­n Pelanconga­n Sabah, Taman-Taman Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Filem ini juga diberikan impak dengan penghasila­n Original Sound Track Single berjudul Bisikan Cinta yang dinyanyika­n oleh Hosiani ciptaan komposer Iswow dan lirik Yusof Kelana.

“Tangisan Akinabalu akan ditayangka­n di 32 pawagam seluruh negara dan tayangan perdana akan disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Mohamaddin Ketapi di MBO Imago pada 27 September,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia