Utusan Borneo (Sabah)

KRS SMKKM tawan puncak Bukit Bogung pada Hari Malaysia

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Seramai 25 pelajar Tingkatan Enam dan sembilan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) dari persatuan Kadet Remaja Sekolah (KRS) menawan Bukit Bogung di Kampung Narinang di sini sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.

Pengarah Projek Ekastevia Jaidie berkata sepanjang pendakian, peserta melalui beberapa kawasan menarik termasukla­h pokok besar di kawasan terbabit yang dinamakan Adam’s tree, air terjun Seridon, Sugang Stone, dan Hornet’s Nest.

“Kita juga melalui Japanese Trail iaitu laluan bersejarah askar Jepun semasa musim penjajahan di negeri ini pada masa dahulu.

“Semua penerangan serta pengetahua­n yang diberikan oleh jurupandu dapat mengimbau sejarah tanah air sesuai dengan tema pendakian sempena Hari Malaysia ini,” katanya.

Menurutnya program seumpamany­a dapat memberi kesedaran kepada peserta tetang pentingnya rakyat Malaysia menyayangi negara agar terus terpelihar­a, aman damai, dan maju pada masa hadapan.

“Setibanya di puncak, kita mengabadik­an kenangan berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu selain melaungkan ‘Merdeka’, ‘Selamat Hari Malaysia’, ‘Sayangi Malaysiaku’, sebagai simbolik cintakan negara kita beramai-ramai.

“Jalur Gemilang, bendera Sabah dan KRS turut dikibarkan bersama bagi menghidupk­an sambutan hari bersejarah di puncak Bukit Bogung,” katanya.

Turut hadir dalam pendakian ialah guru pengiring Yazid Mahadi, Rizuansyah Alihakatdi­n, Raimah Jamaludin, Wasnah Matuzal, Bainih Kangau, Josnah Aliamat, Shirley Ng dan Rainah Makantal.

Semua peserta pendakian juga diberikan sijil penghargaa­n daripada pihak pengurusan Bukit Bogung sebagai tanda kejayaan melalui usaha sepanjang mengharung­i cabaran pendakian sempena Hari Malaysia.

 ??  ?? PESERTA merakamkan gambar bersama dengan sijil penghargaa­n selepas pendakian.
PESERTA merakamkan gambar bersama dengan sijil penghargaa­n selepas pendakian.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambaratas)SALAHsatul­aluanmenca­bar yang dilalui sepanjang pendakian. (Gambar bawah)PESERTA merakamkan gambar di air terjun Sugang semasa pendakian.
(Gambaratas)SALAHsatul­aluanmenca­bar yang dilalui sepanjang pendakian. (Gambar bawah)PESERTA merakamkan gambar di air terjun Sugang semasa pendakian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia