Utusan Borneo (Sabah)

Tuaran banyak tempat menarik

Potensi pembanguna­n perlu dibangunka­n secara sistematik

-

TUARAN: Potensi pelanconga­n di daerah Tuaran perlu dibangunka­n secara sistematik supaya masyarakat di daerah itu memperoleh­i manfaat daripadany­a dan mampu meningkatk­an taraf hidup mereka.

Seorang pemimpin Warisan, Abdullah Sani Haji Daud yang juga mantan calon DUN N10 Sulaman berkata banyak tempat menarik di daerah Tuaran yang boleh dijadikan objek dan destinasi pelanconga­n.

Katanya, ramai pelancong luar negara yang lebih berminat melihat kehidupan dan tradisi di kampung dan Tuaran mempunyai banyak sungai, pantai, pulau yang cantik yang belum diterokai dan mempunyai potensi untuk dimajukan.

“Di PDM Tambalang sebagai contoh boleh menjadikan pertanding­an melastik sebagai produk pelanconga­n,” katanya ketika merasmikan Majlis Pesta Sukan & Kesenian Parti Warisan N10 Sulaman Tahun 2018 Anjuran PDM Tambalang sempena Hari Malaysia bertempat di Kg. Bolong Baru, Tuaran.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada semua yang hadir terutamany­a pengerusi penganjur Satar Haji Hassan kerana berjaya menjayakan majlis itu.

Katanya, antara matlamat program sukan dan kesenian ini adalah untuk memastikan setiap PDM di DUN Sulaman menjadi tempat pelanconga­n dan melahirkan produk untuk pelanconga­n dalam negeri dan luar negara.

Ketika menjelajah dan turun padang untuk mendekati masyarakat, beliau mendapati beberapa tempat yang menarik boleh dijadikan tempat pelacongan.

Abdullah Sani berkata, rakyat haruslah bersatu dan memberi kepercayaa­n kepada kerajaan baharu untuk melaksanak­an agenda pembaharua­n dan pembanguna­n demi kepentinga­n rakyat dan negara.

Beliau menyeru masyarakat agar terus memupuk rasa persaudara­an dan saling bekerjasam­a untuk memastikan negara sentiasa harmoni, aman dan sejahtera.

“Ramai pelancong luar negara yang lebih berminat melihat kehidupan dan tradisi di kampung dan Tuaran mempunyai banyak sungai, pantai, pulau yang cantik yang belum diterokai dan mempunyai potensi untuk dimajukan.Di PDM Tambalang sebagai contoh boleh menjadikan pertanding­an melastik sebagai produk pelanconga­n, ” ABDULLAH SANI HAJI DAUD

 ??  ?? ABDULLAH Sani (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat dan hadirin pada majlis itu.
ABDULLAH Sani (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat dan hadirin pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia